Berita

Keluar sarung tangan | Harian Metro

Keluar sarung tangan | Harian Metro 1

Keluar sarung tangan | Harian Metro 2

MAH Sing Group Berhad (Mah Sing) menyasar penyenaraian di Hong Kong bagi segmen pembuatannya dalam tempoh lima tahun lagi disokong perniagaan terbaharu yang diterokai iaitu pengeluaran sarung tangan.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Steven Ng Poh Seng berkata, penyenaraian itu sudah dirancang sejak dua tahun lalu namun pihaknya melihat keperluan untuk memperluas segmen terbabit sebelum ia direalisasikan.

“Ketika ini, perniagaan sarung tangan berada di bawah segmen pembuatan syarikat yang turut membabitkan pengeluaran pelbagai produk plastik dan dieksport ke lebih 45 negara.

“Sememangnya kami menyasarkan untuk memperluas segmen pembuatan dalam usaha menambah baik nilai buat pemegang saham menyebabkan perniagaan sarung tangan yang membabitkan pasaran global ini diterokai.

“Jika penyenaraian berlaku kelak, segmen pembuatan tentunya tidak lagi berada di bawah syarikat induk (Mah Sing Group Berhad) sebaliknya menjadi entiti pengurusan berasingan,” katanya.

Steven berkata, perniagaan sarung tangan yang bakal diterokai dijangka menyumbang sekurang-kurangnya 25 peratus kepada keuntungan bersih kumpulan bagi tahun kewangan 2021.

Katanya, pihaknya perlu melalui proses kelulusan pemegang saham yang akan dibuat menerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM) minggu depan.

“Pada tahun lalu, segmen hartanah menyumbang hampir 95 peratus kepada keuntungan bersih syarikat manakala bakinya sekitar lima peratus adalah daripada segmen pembuatan iaitu plastik.

“Dengan menceburi bidang pembuatan sarung tangan ini, ia tentunya meningkatkan lagi sumbangan segmen pembuatan kepada kumpulan,” katanya.

Difahamkan, sarung tangan itu juga akan menjadi produk pertama di bawah anak syarikat Mah Sing iaitu Mah Sing Healthcare Sdn Bhd (Mah Sing Healthcare) dengan beberapa lagi produk penjagaan dan peralatan berkaitan kesihatan sedang dipertimbangkan dan bakal menyusul.

Terdahulu, beliau mengiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof; Pengasas dan Pengarah Urusan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum dan Ketua Pegawai Eksekutif Mah Sing, Datuk Ho Hon Sang dalam sesi taklimat perkembangan perniagaan sarung tangan oleh Mah Sing.

Keluar sarung tangan | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo