Berita

‘Keluarga serumah memahami, hormati saya sebagai Muslim’

'Keluarga serumah memahami, hormati saya sebagai Muslim' 2

Kuala Lumpur: “Mengikut pemahaman Orang Asli, mereka tidak dapat menyentuh ahli keluarga beragama Islam yang sudah meninggal dunia tetapi saya sudah jelaskan pada keluarga dan mereka akhirnya menerima keputusan saya,” kata mualaf, Mohammad Firdaus Mat Lana, 27.

Sejak memeluk Islam 2017 lalu, pemuda Orang Asli suku kaum Semoqberi ini masih tinggal bersama keluarganya di Kampung Paya Sendayan Lipa Kajang, Temerloh, Pahang, meskipun berlainan pegangan agama dan kepercayaan.

Namun, Mohammad Firdaus mengakui, harus menyesuaikan diri dengan perubahan sebelum dan selepas memeluk Islam.

“Kami masih tinggal bersama kerana ia bukan satu halangan dalam Islam cuma saya sudah mengasingkan peralatan memasak dan kelengkapan digunakan untuk makan.

“Alhamdulillah… ibu, ayah dan adik-beradik sangat memahami serta menghormati saya sebagai Muslim,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menceritakan pengalamannya mula-mula memeluk Islam, Mohammad Firdaus berkata, pergaulan dan dorongan rakan Muslim ketika mengikuti kursus jahitan di sebuah akademi pengajian membuka hatinya untuk mendekati Islam.

Malah, Mohammad Firdaus katanya, dia menjadi satu-satunya individu dalam keluarga yang memeluk Islam setakat ini.

Anak keenam daripada sembilan beradik itu berkata, dia secara rasmi memeluk Islam pada 3 Mac 2017 di Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh, Pahang.

Bercerita lanjut, Mohammad Firdaus mengakui sebelum itu sudah lama menyimpan keinginan untuk memeluk Islam tetapi memikirkan beberapa perkara terutama keluarga.

Disebabkan minat terhadap agama Suci ini, Mohammad Firdaus mengambil inisiatif menimba ilmu daripada rakan dan ustaz bagi menambah pengetahuannya dalam hal agama.

“Sebelum beritahu keluarga (niat memeluk Islam), saya ada bertanya dengan seorang ustaz bagaimana hubungan dengan ibu dan ayah selepas memeluk Islam terutama apabila saya atau mereka meninggal dunia.

“Menurut ustaz, hubungan kekeluargaan yang terjalin antara kami tetap sama dan tidak akan terputus.

“Selepas mendapat penjelasan itu, saya beranikan diri untuk memberitahu ibu (Mak Niah Sani, 57) dan ayah (Mat Lana, 59) mengenai niat saya itu dan mereka memang sedih pada mulanya.

“Walaupun sudah empat tahun memeluk Islam, saya masih lagi mendalami ilmu agama tetapi pengalaman paling tidak dapat dilupakan sehingga kini adalah dipilih sebagai peserta terbaik daripada 37 lain yang mengikuti program pemantapan akidah anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sebuah resort dekat Kuantan,” katanya.

Berkongsi rutin hariannya, Mohammad Firdaus berkata, dia kini melakukan kerja kampung dan ada kalanya mengambil upah memotong, mengecilkan seluar atau baju serta membuat kemasan.

“Saya memang meminati bidang fesyen dan disebabkan itu menyambung pengajian dalam kursus jahitan.

“Cuma, buat masa ini saya tiada kelengkapan asas iaitu mesin jahit jadi tidak berani ambil tempahan daripada penduduk kampung.

“Namun, jika ada rezeki, saya mahu lebih serius dalam bidang jahitan dan fesyen iaitu cabang yang saya gemari,” katanya.

'Keluarga serumah memahami, hormati saya sebagai Muslim' 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo