Berita

Kemalangan akibat pemandu lori ubah haluan

Kemalangan akibat pemandu lori ubah haluan 1

Kemalangan akibat pemandu lori ubah haluan 2

Kuala Lumpur: Siasatan polis mendapati kemalangan maut di Lebuhraya Bukit Jalil, di sini, petang tadi, berlaku selepas pemandu lori mengubah haluan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kemalangan itu membabitkan lori, kereta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Perodua Myvi.

Menurutnya, polis menerima laporan kejadian pada jam 5.30 petang.

“Kemalangan berlaku apabila lori dipandu lelaki berusia 58 tahun bergerak di lorong pertama mengubah haluan ke lorong tengah lalu terbabas melanggar pokok di pembahagi jalan sebelum dirempuh kereta JIM.

“Kemudian, lori yang berada di pembahagi jalan dilanggar pula Perodua Myvi dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemandu lori disahkan meninggal dunia di lokasi dan mayat dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bedah siasat.

“Pemandu kereta JIM iaitu lelaki berusia 39 tahun dan pemandu Perodua Myvi iaitu lelaki berusia 34 tahun tidak cedera,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Portal MyMetro melaporkan, pemandu lori meninggal dunia akibat dihempap pokok dalam kemalangan di Lebuhraya Bukit Jalil menghala ke pusat bandar, di sini, hari ini.

Kemalangan akibat pemandu lori ubah haluan 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo