Berita

Kembang portfolio | Harian Metro

Kembang portfolio | Harian Metro 1

Kembang portfolio | Harian Metro 2

MAXIS Berhad memperluas keupayaan penyelesaian suara dan komunikasi bersatu (UC) menerusi pengambilalihan syarikat penyelesaian awan dan suara UC tempatan, Audeonet (M) Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis, Paul McManus berkata, pengembangan portfolio itu adalah sebahagian daripada komitmen berterusan untuk membina keupayaan dan kemampuan bakat menerusi penyelesaian moden untuk segmen perusahaan, didorong keperluan perusahaan untuk berkolaborasi lebih luas dalam norma baharu.

“Pengintegrasian Audeonet dalam Maxis selepas kejayaan mengambil alih Infrastructure Consulting and Managed Services (ICMS), sebuah syarikat Microsoft Gold Partner dan penyelesaian awan pada awal tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengembangan kemampuan UC dan suara Maxis akan memberikan akses kepada pelanggan perusahaannya kepada rangkaian penawaran produk terkemuka industri dan meningkatkan transformasi digital mereka untuk persekitaran kerja yang produktif sama ada di premis atau jarak jauh, dengan kos menjimatkan.

“Pengambilalihan ini akan menjadikan Maxis Business sebagai pengedar eksklusif Deltapath di Malaysia. Deltapath adalah penyedia global penyelesaian sistem telefoni Internet Protocol (VoIP),” katanya.

Selain itu, katanya, Maxis Business akan menjadi Penjual Emas Lifesize yang menawarkan penyelesaian konferens video 4k berasaskan awan.

Katanya, penyelesaian baharu itu akan digabungkan dengan penawaran Maxis Business semasa dan disampaikan melalui rangkaian mudah alih dan tetap 4G terpadu di Malaysia untuk teknologi inovatif sambil memberikan pengalaman rangkaian tanpa kebimbangan.

“Sebagai sebahagian daripada perjanjian antara Maxis dan Audeonet, nilai transaksi pemerolehan tidak dinyatakan,” katanya.

Menurutnya, kepakaran teknikal Audeonet dan perkongsian utama dengan penyedia suara di premis dan telefoni awan akan memperkukuhkan perkhidmatan dan penawaran Maxis untuk pelanggan perusahaan.

“Ini sejajar dengan strategi konvergen yang lebih meluas dan komitmen kami untuk membawa teknologi terbaik bagi membolehkan perniagaan dan negara terus menerajui dalam dunia yang berubah,” katanya.

Audeonet ditubuhkan pada 2002 dengan pasukan profesional IT yang berkemahiran tinggi untuk menyokong pelaksanaan penyelesaian mereka secara menyeluruh termasuk pemasangan, sokongan teknikal, kerja-kerja pemasangan kabel, latihan atau perkhidmatan penyelenggaraan lanjutan.

Kembang portfolio | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo