Berita

Kembar warga Singapura cari adik-beradik sebapa

Kembar warga Singapura cari adik-beradik sebapa 1

Kembar warga Singapura cari adik-beradik sebapa 2

Singapura: “Wajah arwah ayah mirip rupa saya.” Hanya berbekalkan maklumat yang terhad ini seorang warga Singapura ingin mencari adik-beradik sebapa di Malaysia.

Muhd Imran, 43, difahamkan arwah ayahnya mempunyai dua lagi isteri di Malaysia dan ibunya warga Singapura pula isteri ketiga.

Pencarian bapa dua anak ini yang turut mempunyai saudara kembar bermula pada bulan Ramadan tahun ini melalui perkongsiannya dalam media sosial.

“Saya ingin mencari adik-beradik sebapa di Malaysia. Mula timbul perasaan bimbang jika anak-anak kami kelak berkahwin sesama sendiri,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Selain wajahnya dikatakan mirip arwah ayahnya, Muhd Imran berkata ayahnya seorang warga Malaysia adalah “British Police” di Cantonment di sini sekitar tahun 60-an.

“Jika arwah ayah masih ada umurnya mungkin 80-an dan beliau lebih dikenali sebagai ‘Korporal Yusof atau Yusop’,” kata Muhd Imran yang hanya dimaklumkan pemergian ayahnya ketika usianya 21 tahun.

Muhd Imran mengakui seperti banyak yang ‘dirahsiakan’ mengenai ayahnya, malah beliau mendakwa tidak dibinkan ayahnya dalam sijil kelahiran.

“Ayah pernah tinggal di Race Course Road dan di Lorong Kuaman bersama arwah ibu saya, Saniah Marzuki. Ayah juga mempunyai adik perempuan tetapi saya tidak tahu namanya,” katanya.

Muhd Imran dan saudara kembarnya, adalah satu-satunya zuriat daripada hasil perkahwinan kedua ibu bapanya yang difahamkan bernikah di Malaysia sekitar lewat 70-an.

“Saya hanya pernah melihat wajah ayah pada sekeping gambar satu ketika dahulu,” katanya yang turut memberikan dua keping gambarnya sendiri bagi tujuan pencarian ini.

Muhd Imran yang kehilangan ibunya yang turut dikenali sebagai ‘Niah’ pada November 2010 berharap dapat dipertemukan dengan adik-beradiknya yang lain dan beliau boleh dihubungi di +65 8383 2716.

Kembar warga Singapura cari adik-beradik sebapa 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo