Infotainment

Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) Ajak Orang Muda Jadi Agroprenuer!

Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) Ajak Orang Muda Jadi Agroprenuer!
Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) Ajak Orang Muda Jadi Agroprenuer! 1

Shout Out!

Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) Ajak Orang Muda Jadi Agroprenuer!

Siapa dekat sini suka berbisnes dan dalam masa yang sama mempunyai minat mendalam terhadap bidang pertanian?

Haa.. berita baik untuk korang, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) terus menyatakan komitmen untuk memastikan keselamatan makanan negara sentiasa terjamin di sepanjang rantaian nilai.

Untuk menjayakan objektif itu, MAFI perlukan ramai orang muda untuk join bidang pertanian tau. Kalau korang berminat nak tahu sebab apa? Baca sampai habis artikel ni!

Orang muda hebat

Baru-baru ni di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), team OHBULAN! tidak melepaskan peluang untuk ikut serta Program Klinik Usahawan Agro Negeri Perlis 2021.

Dalam program tu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Dato’ Haslina Abdul Hamid ada menyatakan bahawa negara kita memerlukan lebih banyak penglibatan orang muda dalam bidang pertanian.

Ini kerana, ada banyak kajian yang menunjukkan penglibatan orang muda dalam sektor pertanian boleh mengurangkan pengangguran, meningkatkan bekalan makanan dan mengatasi kemiskinan tau.

Paling best, bila Dato’ Haslina puji golongan muda macam kita ni hebat sebab lebih cenderung atau terbuka menerima teknologi pertanian moden seperti IOT, precision farming dan smart farming.

Uish.. memang senyum lebar kami kat situ! Hehe

Adaptasi teknologi

Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) Ajak Orang Muda Jadi Agroprenuer! 4

Jadi, dalam usaha untuk meremajakan semula sektor pertanian, kami difahamkan kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM4.82 bilion kepada MAFI.

Peruntukan sebanyak itu adalah untuk mentransformasikan sektor pertanian supaya menjadi sektor yang lebih moden, dinamik dan kompetitif.

Selain nak tarik lebih ramai generasi muda, usaha ni juga adalah untuk menjadikan sektor pertanian sebagai salah satu jentera pertumbuhan ekonomi negara. Memang power weh!

Usaha ini seiring Strategi 3 dalam pembentangan Bajet 2022 iaitu Memilih Sektor-Sektor Tumpuan di bawah Inisiatif 4 untuk terus memacu pemodenan sektor pertanian, meningkatkan jaminan dan keselamatan makanan sekali gus  menjana pendapatan lebih tinggi.

Fokus kepada golongan muda

Apa inisiatif yang ada untuk orang muda? Haa.. sebenarnya ada banyak program yang ditawarkan, dan salah satunya MAFI kini memberi fokus khusus kepada golongan muda melalui Program Agropreneur Muda.

Program ni bertujuan menggalakkan penglibatan golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian merentasi semua sub-sektor agromakanan.

Tak cukup dengan itu, MAFI turut melancarkan Dasar Agromakanan Negara (DAN 2.0) iaitu dasar jangka masa panjang bagi tempoh 2021 hingga 2030.

Ia sebagai panduan kepada rangka kerja di Kementerian serta pelaksanaan di peringkat Jabatan dan Agensi.

Sebenarnya, komitmen untuk memperkasakan sektor sekuriti makanan negara menerusi DAN 2.0 ini juga selaras dengan kenyataan yang ditegaskan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

“MAFI serta Jabatan dan Agensi dibawahnya akan terus memainkan peranan penting dalam memastikan perlaksanaan dasar ini secara efektif di setiap peringkat rantaian makanan sektor agromakanan bagi memastikan sekuriti makanan negara sentiasa terjamin,” katanya.

Jadi, kalau korang nak tahu lebih banyak mengenai inisiatif yang ditawarkan MAFI untuk golongan muda, ikuti perkembangan di Facebook Kementerian Pertanian dan Industri Makanan atau layari laman sesawang www.mafi.gov.my.


Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) Ajak Orang Muda Jadi Agroprenuer! 6

The following two tabs change content below.


Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) Ajak Orang Muda Jadi Agroprenuer! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo