Berita

Kempunan makan kari kambing, main bunga api [METROTV]

Kempunan makan kari kambing, main bunga api [METROTV] 1

Kempunan makan kari kambing, main bunga api [METROTV] 2

Ipoh: “Dia datang kepada isteri saya dan meminta untuk makan kari kambing yang sudah siap dimasak,” kata bapa saudara kepada kanak-kanak lelaki yang maut tertusuk pisau secara tidak sengaja pada malam sehari sebelum perayaan Deepavali di Taman Cempaka, Kampung Koh Sitiawan di sini, malam kelmarin.

Kemeriahan keluarga membuat persiapan sempena menyambut perayaan itu bertukar tragedi berdarah apabila J Adithiyan, 7, tertusuk pisau yang sedang dipegang oleh kakak sepupunya dan maut di tempat kejadian.

Mathialagan, 43, berkata, ketika kejadian mereka sekeluarga yang hanya tinggal rumah bersebelahan dan sememangnya sedang sibuk membuat persiapan perayaan.

“Dia (Adithiyan) memang begitu teruja dan tidak sabar hendak bermain bunga api tetapi saya memberitahu supaya menunggu sehingga jam 12 malam.

“Malam itu juga dia beritahu teringin nak makan kari kambing yang sudah siap dimasak, tetapi isteri memintanya menunggu sehingga esok, tetapi dua-duanya dia tidak sempat..,” katanya ketika ditemui di Jabatan Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

BAPA mangsa tertusuk pisau J Adithiyan,  Jegathesam A/L Mariappan kelihatan sedih berikutan anaknya yang dilaporkan tertusuk pisau dibahagian badan ketika berada di rumah ibu saudaranya. FOTO Sharul Hafiz Zam
BAPA mangsa tertusuk pisau J Adithiyan, Jegathesam A/L Mariappan kelihatan sedih berikutan anaknya yang dilaporkan tertusuk pisau dibahagian badan ketika berada di rumah ibu saudaranya. FOTO Sharul Hafiz Zam

Katanya, Adithiyan anak bongsu daripada tiga beradik itu memang rapat dengan mereka sekeluarga dan sangat manja dan aktif.

“Dia memang sangat rapat dengan kami, dia juga memanggil saya sebagai ‘appa’ dan isteri ‘amma’. Saya sempat mewarnakan rambutnya sempena merayakan Deepavali ini,” katanya.

Menceritakan semula detik kejadian yang berlaku pada jam 10.20 malam, Mathialagan berkata seorang daripada anak saudaranya yang berusia 11 tahun dipanggil oleh ibunya yang meminta membawakan pisau untuk memotong tali ketika membuat kolum.

“Ketika kejadian anak saudara sedang menuju ke luar pintu selepas mengambil pisau yang diminta ibunya.

“Adithiyan ketika itu kebetulan pula sedang berlari-lari masuk ke dalam rumah dan secara tidak sengaja terlanggar kakak sepupunya,” katanya.

Menurutnya, ahli keluarga yang menyaksikan kejadian pada awal tidak perasan pisau tertusuk pada dada Adithiyan dan semuanya dalam keadaan panik apabila melihat banyak darah yang mengalir.

Katanya, mereka selepas itu berkejar ke Hospital Seri Manjung sebelum anak saudaranya itu disahkan sudah meninggal dunia.

Terdahulu mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HRPB di sini untuk proses bedah siasat dijalankan hari ini.

Berita berkaitan

Kanak-kanak maut tertusuk pisau

Kempunan makan kari kambing, main bunga api [METROTV] 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo