Infotainment

Kerajaan jimat RM270 juta latih banduan

Kerajaan jimat RM270 juta latih banduan
Kerajaan jimat RM270 juta latih banduan 1

TEMERLOH: Kerajaan berjaya menjimatkan sebanyak RM270 juta melalui tiga program secara aktif  yang membabitkan Orang Diparol (ODP), Orang Bebas Berlesen (OBB) dan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) ke atas banduan di negara ini. 

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said berkata, ia adalah pendekatan Jabatan Penjara Malaysia bagi membantu pada. banduan memperolehi kemahiran tertentu apabila kembali menjalani baharu. 

Menurutnya, bagi program PKW, ia melibatkan banduan kesalahan ringan yang dipenjarakan bawah tiga tahun. 

Menurutnya, melalui program ODP dan OBB pula, dapat menjimatkan kos makan minum dan sebagainya kepada banduan kira-kira RM180 juta. 

“Kejayaan pembentangan Rang Undang- Undang (RUU) Perintah Kehadiran Wajib  (Pindaan) 2022 sangat baik kepada banduan yang mana ia dapat menjimatkan kos sebanyak RM90 juta,” katanya kepada pemberita selepas program Outreach Bersama Timbalan Dalam Negeri di Dewan Datuk Zaharudin Abu Kassim, Kerdau di sini hari ini. 

Ismail berkata, sejak mula beroperasi pada 2008 sehingga kini, Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang telah menerima seramai 4,129 ODP dan 714 OBB menjalani Pemulihan Dalam Komuniti. 

Selain itu, katanya, Parol dan Perkhidmatan Komuniti negeri juga menyelia pesalah Perintah Kehadiran Wajib bagi kesalahan sivil serta Syariah dan Rumah Perantaraan Negeri Pahang.

“Seramai 600 pesalah telah menjalani Perintah Kehadiran Wajib di Pahang termasuk seorang pesalah syariah,” katanya. –UTUSAN

 


Kerajaan jimat RM270 juta latih banduan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list