PUTRAJAYA – Cyber Security Malaysia (CSM) telah diminta untuk meneliti beberapa aspek penting berhubung isu keselamatan melibatkan penggunaan beberapa aplikasi media sosial di pejabat dan agensi-agensi kerajaan.
Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, beliau amat prihatin tentang isu penggunaan aplikasi seperti TikTok, Instagram, Facebook dan lain-lain di tempat kerja yang secara tidak langsung berisiko mendedahkan perkara-perkara sensitif atau rahsia besar yang dibincangkan.
“Ini kerana kita tidak mahu berlaku apa-apa pelanggaran terhadap akta-akta rahsia rasmi contohnya. Ada kalanya bila penjawat awam sedang bertugas, kita berdepan dengan keadaan di mana dokumen-dokumen yang kita pegang mungkin bersifat terkelas, jadi aspek keselamatan itu sangat penting.
“Kemudian, berkait lokasi di mana sesuatu penggambaran (bagi kandungan media sosial) itu dirakamkan, adakah ia dibenarkan atau tidak? Ini adalah di antara beberapa perkara yang masih kita perlu teliti,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital Bil. 2/2023 di sini hari ini.
Menurut Ahmad Fahmi, beliau percaya dalam masa terdekat selepas pihak CSM membuat penelitian dan mengadakan perbincangan di peringkat kementerian, ia akan diperluaskan ke kementerian-kementerian dan agensi-agensi lain dalam usaha menuju ke arah satu rangka kawal selia.
“Rangka kawal selia atau garis panduan ini adalah bertujuan untuk menjamin keselamatan aplikasi dan peranti-peranti yang diguna pakai oleh penjawat awam terutamanya anggota pentadbiran.
“Bagaimanapun, kita masih di tahap penelitian yang akan diikuti oleh beberapa siri perbincangan dan belum lagi di tahap untuk membuat apa-apa keputusan,”katanya.
Ujar beliau, proses tersebut masih panjang namun pihaknya mengambil maklum bahawa di sesetengah negara ada yang telah membuat keputusan dan kementeriannya telah diminta untuk mengkaji asas kepada keputusan yang dibuat itu.
“Kajian tersebut bukanlah untuk meniru tetapi agar ia lebih difahami sebab musabab pelaksanaannya dan sekiranya ada aspek yang terpakai dalam konteks Malaysia, maka kita perlu ambil tahu dan menyediakan opsyen-opsyen yang bersesuaian kelak,”jelas beliau. – KOSMO! ONLINE
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo