Artikel Terkini

Kerajaan luluskan RM9.6 bilion bangunkan Sabah dan Sarawak

Kerajaan luluskan RM9.6 bilion bangunkan Sabah dan Sarawak
Kerajaan luluskan RM9.6 bilion bangunkan Sabah dan Sarawak 1

MELAKA – Kerajaan Persekutuan komited menghapuskan jurang pembangunan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak dengan meluluskan peruntukan sebanyak RM9.6 bilion, pada tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak RM5.6 bilion diberikan kepada Sabah dan RM4 bilion Sarawak bagi melaksanakan projek pembangunan seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya serta kemudahan pendidikan dan kesihatan.

“Usaha ini selaras dengan agenda transformasi kerajaan untuk mengembalikan keyakinan rakyat, termasuk pelabur asing terhadap kemampuan kerajaan, demi memastikan kestabilan politik dan dasar negara ke arah pembangunan sosio ekonomi mampan.

“Saya sebagai Pengerusi Majlis Khas Mengenai MA63 akan memastikan hak-hak bagi Sabah dan Sarawak seperti mana yang terkandung dalam perjanjian MA63 adalah terpelihara.

“Majlis khas ini bukan sahaja berperanan merungkai beberapa isu yang tertangguh berhubung hak serta kedudukan Sabah dan Sarawak, tetapi juga memberi penekanan kepada usaha-usaha untuk membangun dan memajukan kedua-dua negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir di sini sebentar tadi.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Jeffrey G. Kitingan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan sambutan Hari Malaysia yang mengingatkan seluruh Keluarga Malaysia tentang kekuatan muafakat dan kesepaduan sosial berteraskan integrasi nasional.

“Tanggal keramat 16 September, wajar dijadikan titik tolak memperhebatkan azam dan menyemarakkan semangat mencari persamaan.

“Berpijak di bumi yang sama, Keluarga Malaysia perlu terus berdiri menjunjung langit yang sama, menghayati semangat kesetiaan kepada raja dan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 


Kerajaan luluskan RM9.6 bilion bangunkan Sabah dan Sarawak 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list