Berita

Kereta api tergelincir akibat mendapan tanah

Kereta api tergelincir akibat mendapan tanah 1

Kereta api tergelincir akibat mendapan tanah 2

Johor Bahru: Sebuah kereta api membawa 24 penumpang dan empat staf tergelincir dari landasan di Kilometer 752.75 berhampiran dengan Kampung Kurnia, di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, semua penumpang dan staf Keretapi Tanah Melayu (KTM) tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, kejadian jam 7.49 malam itu membabitkan lima gerabak iaitu tiga gerabak penumpang, satu gerabak generator dan satu gerabak enjin.

“Kereta api ini dari arah Gemas menghala ke JB Sentral. Tiada kecederaan yang dialami oleh semua mangsa yang terbabit.

“Kejadian difahamkan berpunca daripada mendapan tanah. Pihak KTM memaklumkan bahawa landasan mendap sebelum kereta api melaluinya. Tempat kejadian ini berlaku berhampiran dengan projek landasan berkembar,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohd Padzli berkata, kesemua penumpang dipindah ke bas dan dibawa ke JB Sentral.

Kereta api tergelincir akibat mendapan tanah 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo