Artikel Terkini

Kereta masuk lorong mengejut punca lima superbike kemalangan

Kereta masuk lorong mengejut punca lima superbike kemalangan
Kereta masuk lorong mengejut punca lima superbike kemalangan 1

GOMBAK -Gagal elak kereta ubah laluan menyebabkan lima sekawan cedera terbabas dalam kemalangan di kilometer 26.4 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dari arah Genting Highlands menghala ke Gombak, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu yang membabitkan lima motosikal berkuasa tinggi kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Katanya, hasil siasatan mendapati semua penunggang motosikal berkuasa tinggi berkenaan adalah lelaki berusia antara 35 hingga 58 tahun.

“Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila salah sebuah motosikal hilang kawalan apabila sebuah kereta yang tidak dapat dikenal pasti mengubah laluan masuk ke lorong motosikal terbabit.

Tindakan itu menyebabkan motosikal terbabit terbabas ke lorong kanan, lalu empat lagi motosikal turut terbabas akibat mengelak mangsa yang jatuh di atas jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akibat kemalangan itu, kelima-lima penunggang motosikal terbabit cedera di kepala dan beberapa bahagian badan lain.

Menurut Zainal, difahamkan kereta yang tidak dapat dikenal pasti berkenaan terus beredar dari lokasi sejurus selepas kejadian.

“Kesemua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE.


Kereta masuk lorong mengejut punca lima superbike kemalangan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo