Artikel Terkini

Kes Covid-19 meningkat di China, KKM gesa individu layak ambil dos penggalak

Kes Covid-19 meningkat di China, KKM gesa individu layak ambil dos penggalak
Kes Covid-19 meningkat di China, KKM gesa individu layak ambil dos penggalak 1

Kes Covid-19 meningkat di China, KKM gesa individu layak ambil dos penggalak
Dr Noor Hisham Abdullah berkata beberapa langkah lain turut dilaksanakan bagi mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa semua individu layak untuk tampil mendapatkan vaksin dos penggalak susulan peningkatan kes mendadak Covid-19 di China.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata langkah itu supaya orang ramai mendapat perlindungan yang optimum terhadap jangkitan itu.

Katanya, beberapa langkah lain turut dilaksanakan bagi mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan dan respons bagi menghadapi kemungkinan peningkatan kes dan kematian seperti yang pernah dialami semasa varian Delta melanda seluruh dunia termasuk negara.

“Dengan mengambilkira negara mempunyai risiko kemasukan kes-kes Covid-19 dari luar negara, KKM terus mempertingkatkan kesiapsiagaan.

“Antara langkah itu ialah meningkatkan peratusan individu yang layak menerima vaksin dos penggalak bagi mengurangkan penularan jangkitan, jangkitan serius serta kematian,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kebimbangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini berhubung peningkatan mendadak kes Covid-19 di China.

Terdahulu, media melaporkan, Wilayah perindustrian Zhejiang kini berdepan sejuta jangkitan baharu Covid-19 setiap hari malah jumlah itu dijangka meningkat sehingga dua kali ganda dalam tempoh beberapa hari lagi.

Menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, terdapat peningkatan kes di seluruh negara tetapi tiada laporan kematian Covid-19 di tanah besar sejak lima hari lalu.

Dalam pada itu, Hisham berkata KKM juga akan memastikan semua Covid-19 Assessment Centre (CAC) beroperasi secara fizikal dan secara maya.

“Pusat CAC di Klinik Kesihatan dan Komuniti bersedia untuk menerima kedatangan atau panggilan pesakit yang tinggi untuk membuat penilaian terhadap pesakit yang disahkan positif jangkitan Covid-19,” katanya.

Tambahnya lagi, KKM juga akan mengukuhkan pengurusan Covid-19 melalui pendigitalan pengurusan kesihatan dan memperkenalkan penggunaan ubat antiviral Paxlovid.

Beliau berkata penularan jangkitan Covid-19 dalam masyarakat akan dipantau rapi melalui pelaksanaan aktiviti survelan melibatkan lokasi sentinel influenza-like illness (ILI) dan severe acute respiratory infection (SARI) di seluruh negara.


Kes Covid-19 meningkat di China, KKM gesa individu layak ambil dos penggalak 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo