Infotainment

Kes ‘Scam’ Salah Bank Atau Diri Sendiri? Ini Cara Untuk Elak Jadi Mangsa Yang Seterusnya

Kes ‘Scam’ Salah Bank Atau Diri Sendiri? Ini Cara Untuk Elak Jadi Mangsa Yang Seterusnya
Kes 'Scam' Salah Bank Atau Diri Sendiri? Ini Cara Untuk Elak Jadi Mangsa Yang Seterusnya 1

Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Salah bank atau diri sendiri? Soalan yang pastinya bermain di fikiran bila kita membaca kes scam akaun bank lesap di media sosial.

Artikel Berkaitan:

Jika ikut perasaan, bank akan terus dipersalahkan. Malah ada yang dakwa ‘bank tidak selamat’. Betul ke? Takkanlah bank sahaja yang salah, dan semua pihak lain tidak perlu memainkan peranan? Bagaimana pula jika sesuatu scam itu bermula dengan diri kita?

Tahu tak, menurut satu kaji selidik, 37% rakyat Malaysia didapati berkongsi kata laluan/pin akaun bank milik mereka kepada kenalan rapat. Sebanyak 62% rakyat Malaysia pula tidak peka dengan keselamatan privasi ketika melakukan urusan perbankan secara dalam talian khususnya ketika menjalankan transaksi pembayaran.

Ini memang bahaya! Jika anda tidak berhati-hati, anda bukan sahaja akan kehilangan duit tetapi bank akaun anda boleh dijadikan akaun keldai (mule account) di mana scammer boleh guna akaun anda untuk mengeluarkan duit yang dicuri oleh orang lain.

Penjenayah tidak akan berhenti memperdaya anda!

Tidak dapat dinafikan bahawa scammer sentiasa ‘berevolusi’ dengan taktik-taktik yang baru dan lebih canggih sehingga penipuan yang mereka buat nampak sangat real, menarik perhatian dan mirip pihak berkuasa atau bank. Jadi, kita harus peka dan lebih berhati-hati sebelum melakukan sesebuah transaksi perbankan.

Modus Operandi Scam Malware

Penipuan mengenai aplikasi hasad (atau dikenali sebagai APK malware) memang tengah hot. Tawaran pembersihan rumah atau perkhidmatan dandanan haiwan peliharaan merupakan antara yang paling popular sekarang ini. Ada scammer yang berniat jahat dengan menawarkan harga terlalu rendah dan diskaun tidak masuk akal.

Video di bawah ini menerangkan dengan teliti bagaimana anda boleh menjadi mangsa penipuan APK malware dengan satu klik pada pautan sahaja! Selepas itu, APK malware boleh membaca dan memadamkan mesej SMS OTP dari bank sehinggakan pengguna tidak sedar simpanan banknya telah disalur keluar.

Apa yang anda boleh buat adalah sentiasa berwaspada dengan tidak muat turun aplikasi atau menekan pautan yang mencurigakan di media sosial. Jangan sesekali pun mendedahkah maklumat peribadi kepada si penipu!

Bank perketatkan langkah-langkah keselamatan

Anda jangan risau, BNM dan bank-bank akan terus memastikan sistem perbankan kekal selamat untuk semua.

Baru-baru ini, BNM telah mengarahkan bank-bank untuk mengambil langkah-langkah tambahan seperti di bawah.

Kes 'Scam' Salah Bank Atau Diri Sendiri? Ini Cara Untuk Elak Jadi Mangsa Yang Seterusnya 2

Untuk pengetahuan anda juga, langkah-langkah ini bukannya baru malah telah diperkenalkan sejak dahulu lagi. Contohnya peralihan daripada penghantaran OTP SMS kepada kaedah pengesahan yang lebih kukuh bagi transaksi dalam talian telah disyorkan oleh BNM sejak 2019. Sebagai contoh, Maybank Secure2U telah dilancarkan pada 2017, CIMB SecureTAC pada 2018 dan Public Bank SecureSign pada 2020.

Mudah-mudahan bank-bank lain juga akan mempercepatkan langkah-langkah tambahan ini supaya kita dapat memerangi jenayah penipuan kewangan ini dengan lebih cepat.

Apa yang patut saya buat jika saya salah seorang mangsa penipuan kewangan?

Masih keliru siapa perlu hubungi bila kena scam? Anda tahu tak kerajaan telah menubuhkan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) bagi menangani kes penipuan dalam talian?

NSRC adalah hasil usaha sama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi.

Jadi, jika anda telah menjadi mangsa scam, segera hubungi bank anda dengan segera! BNM dah suruh bank sediakan hotline khas untuk scam-scam ni. Anda juga boleh call talian hotline NSRC melalui nombor 997 sejurus selepas kena scam dalam tempoh 24 jam untuk membuat laporan. NSRC beroperasi setiap hari dari 8 pagi hingga 8 malam, termasuk hujung minggu dan cuti umum. Kalau dah terlepas waktu, call lah talian hotline bank anda yang beroperasi 24 jam.

Selepas itu, jangan lupa buat laporan polis untuk memberikan maklumat lebih terperinci bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat perkara itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai NSRC, baca Soalan Lazim melalui: https://nfcc.jpm.gov.my/index.php/soalan/mengenainsrc

Kes 'Scam' Salah Bank Atau Diri Sendiri? Ini Cara Untuk Elak Jadi Mangsa Yang Seterusnya 3

Kes 'Scam' Salah Bank Atau Diri Sendiri? Ini Cara Untuk Elak Jadi Mangsa Yang Seterusnya 4

Kes 'Scam' Salah Bank Atau Diri Sendiri? Ini Cara Untuk Elak Jadi Mangsa Yang Seterusnya 5

Memerangi jenayah penipuan kewangan bukan sahaja tanggungjawab pihak bank atau pihak berkuasa, tetapi kita semua bertanggungjawab memerangi jenayah penipuan kewangan bersama-sama.

Untuk mengenali jenis-jenis penipuan kewangan yang lain, anda boleh ikuti laman Facebook Amaran Scam di sini. Laman ini adalah inisiatif daripada BNM untuk terus memberi peringatan dan pendedahan kepada rakyat Malaysia tentang segala jenis bentuk penipuan yang terkini dan sedang berleluasa di dalam negara.

Semoga rakyat Malaysia akan lebih cakna tentang penipuan dalam talian yang sedang berlaku dan tidak terus mudah mempercayai setiap SMS atau panggilan yang diterima. Anda mampu mengubahnya!


Kes 'Scam' Salah Bank Atau Diri Sendiri? Ini Cara Untuk Elak Jadi Mangsa Yang Seterusnya 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo