Berita

Kes Sumareh jadikan iktibar | Harian Metro

Kes Sumareh jadikan iktibar | Harian Metro 2

Kuala Terengganu: Persatuan Bolasepak Negeri dan Kelab wajar mengambil iktibar hukuman berat yang dikenakan ke atas Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) berhubung isu kontrak bekas pemainnya, Mohamadou Sumareh.

Ingatan itu disuarakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Profesionalisasi Kelab, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Dr Wirdati Mohd Radzi yang meletakkan harapan tinggi agar selepas ini tidak berlaku lagi persatuan ataupun kelab dihukum gara-gara perlanggaran kontrak lebih-lebih lagi pasukan kini sudah berada dalam era penswastaan.

Terdahulu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) mengarahkan PBNP membayar RM4.9 juta atau AS$1.2 juta kepada Sumareh dalam tempoh 45 hari berhubung isu perlanggaran kontrak sekiranya tidak mahu dikenakan hukuman sekatan perpindahan pemain.

“Jadikan hukuman berat ke atas Pahang berhubung isu kontrak bekas pemainnya sebagai pengajaran berguna bukan sahaja buat pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), tapi juga kepada kelab-kelab lain di negara ini termasuk kelab amatur.

“Ini kerana impak daripada segi kewangan cukup besar kepada pasukan ataupun kelab yang terbabit jika didapati bersalah kerana ia berada di bawah bidang kuasa Fifa selaku badan induk sukan bola sepak antarabangsa.

“Apa yang berlaku antara Sumareh dan PBNP sebenarnya adalah masalah dalaman PBNP, kita tidak boleh kata ini salah PBNP atau pemain sebaliknya perlu menghormati undang-undang dan menyediakan dokumentasi untuk merayu hukuman kepada Fifa.

“Pihak berkaitan perlu bersedia dengan jawapan ini kerana PBNP adalah ahli gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan FAM pula berada di bawah Fifa.

“Kes ini melibatkan mahkamah antarabangsa antaranya Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dan FAM perlu menjawab kepada Fifa jika PBNP gagal berbuat demikian, itu menunjukkan kepada kita struktur bola sepak.

”Jadi semua kelab dan persatuan perlu ambil iktibar untuk lebih serius dalam isu ini kerana kedua-dua pihak ada hak yang perlu dijaga dan dihormati, lagipun ini bukan isu pertama berlaku,” katanya ketika ditemui di Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) hari ini bagi melihat pembangunan kelab bola sepak di Terengganu.

Kes Sumareh jadikan iktibar | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo