Infotainment

“Kesan Khatan Tu Saya Cuci, Kemaluan Tu Sah Bukan Anak Saya Punya”

“Kesan Khatan Tu Saya Cuci, Kemaluan Tu Sah Bukan Anak Saya Punya”
“Kesan Khatan Tu Saya Cuci, Kemaluan Tu Sah Bukan Anak Saya Punya” 1

Beberapa minggu lalu hangat diperkatakan apabila tular di media sosial video seorang lelaki sedang onani didakwa mirip pelakon cilik Nik Adam Mika.

Bagaimanapun, bapa kepada pelakon itu iaitu Nik Mohd Adli menafikan individu itu adalah anaknya serta mengatakan susun atur perabot dalam video itu berbeza dengan rumahnya.

BACA: Video Tak Senonoh Tular, Bapa Pukul Adam Mika

Menerusi temu bual bersama Melodi, bapa pelakon itu meluahkan rasa apabila netizen terus menghukum dan mengecam anaknya yang tidak bersalah. Malah, Adli berkata dia juga akan berbincang dengan pengurus anaknya untuk berhenti dari dunia hiburan.

“Kenapa nak membuli Adam? Saya dan family tak salah apa apa pun.”Satu Malaysia viral pasal anak saya melakukan perbuatan tak senonoh. Itu bukan anak saya!

“Tolong jangan malukan Adam lagi. Masa kecik anak saya gembirakan semua dengan lakonan-lakonan dia, bila dia dah besar semua buli dia macam ni. Tak adil pada kami,” katanya.

Dalam pada itu, Adli turut menegaskan bahawa dia yakin individu dalam video itu bukan anaknya kerana bentuk fizikal tubuh badan dan kemaluan yang berbeza.

“Dalam video tu dia nampak kurus dan pendek, anak saya tinggi 159 sentimeter. Satu lagi, tengok kemaluan dia. Masa anak saya sunat, kesan khatan tu saya cuci.  Kemaluan video remaja tular tu dah sah sah bukan anak saya punya,” jelasnya.

Terdahulu, Adli berkata dia sudah pun membuat laporan polis susulan kontroversi berkenaan bagi membersihkan nama anaknya serta tidak menolak kemungkinan Adam Mika bakal undurkan diri dari dunia seni.


“Kesan Khatan Tu Saya Cuci, Kemaluan Tu Sah Bukan Anak Saya Punya” 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list