Berita

Kesan plumbum dalam darah? | Harian Metro

Kesan plumbum dalam darah? | Harian Metro 1

Kesan plumbum dalam darah? | Harian Metro 2

New Delhi: Doktor di India menemui kesan plumbum dan nikel (sejenis logam) dalam darah pesakit yang dijangkiti penyakit misteri yang tiba-tiba dikesan di bahagian selatan negara itu.

Voice of America melaporkan lebih daripada 400 orang di negeri Andhra Pradesh yang mengalami penyakit berkenaan, dilaporkan mengalami gejala seperti mual dan pengsan.

Simptom itu dikatakan langsung tidak berkaitan dengan gejala individu yang dijangkiti Covid-19.

Sementara itu, sekurang-kurangnya seorang individu disahkan meninggal dunia akibat penyakit misteri berkenaan.

Institut Sains Perubatan All India (AIIMS) di ibu kota Delhi menguji 10 sampel darah pesakit dan pada Selasa melaporkan, mereka menemui kesan plumbum dan nikel.

Beberapa pegawai di negeri ini mengatakan ada kemungkinan penyakit ini berkaitan dengan racun perosak organoklorin, yang dilarang di banyak negara.

Tidak diketahui dengan jelas berapa banyak racun perosak yang digunakan di India pada masa ini.

Geeta Prasadini, pengarah kesihatan awam untuk bandar Eluru, mengatakan bahawa pesakit pertama kali mula menunjukkan tanda-tanda penyakit, termasuk kejang, pada malam Sabtu.

Seorang pegawai Eluru lain, Dolal Joshi Roy, memberitahu CNN Selasa bahawa tidak ada pesakit yang menghidap penyakit misteri itu positif Covid-19.

Berdasarkan statistik pihak berkuasa, Andhra Pradesh adalah salah satu negeri di India yang paling teruk terjejas akibat Covid-19, dengan lebih daripada 800,000 kes disahkan

Kesan plumbum dalam darah? | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo