Infotainment

Kesatuan Eropah (EU) Iktiraf Sijil Vaksin COVID-19 Di MySejahtera, Mudahkan Pengembara Malaysia

Kesatuan Eropah (EU) Iktiraf Sijil Vaksin COVID-19 Di MySejahtera, Mudahkan Pengembara Malaysia
Kesatuan Eropah (EU) Iktiraf Sijil Vaksin COVID-19 Di MySejahtera, Mudahkan Pengembara Malaysia 1

Kesatuan Eropah (EU) Iktiraf Sijil Vaksin COVID-19 Di MySejahtera, Mudahkan Pengembara MalaysiaFoto: Greelane.com

Kesatuan Eropah (EU) mengiktiraf sijil vaksinasi COVID-19 di MySejahtera yang disifatkan menepati Sistem Pengurusan Vaksin (VMS) kesatuan berkenaan.

Artikel Berkaitan: Aplikasi MySejahtera Masih Diperlukan Untuk Tujuan Kesihatan Awam

Artikel Berkaitan: Khairy Nafi Kerajaan Akan Jual Aplikasi MySejahtera Kepada Pihak Swasta

Artikel Berkaitan: Prosedur Operasi Standard (SOP) Bagi Warganegara Yang Hilang Status Lengkap Vaksin 1 April ini

Setara dengan sijil digital Covid-19 EU

Kesatuan Eropah (EU) Iktiraf Sijil Vaksin COVID-19 Di MySejahtera, Mudahkan Pengembara Malaysia 3Foto: FreeMalaysiaToday

Ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula Von Der Leyen dalam satu kenyataan berkata, EU telah menerima sijil vaksinasi Covid-19 Malaysia yang setara dengan Sijil Digital Covid-19 EU.

Sijil vaksinasi dan ujian Covid-19 yang dikeluarkan oleh Malaysia mengikut ‘Sistem Pengurusan Vaksin’ bagi tujuan memudahkan hak pergerakan bebas dalam sebuah kesatuan, dianggap setara dengan yang dikeluarkan mengikut Peraturan (EU) 2021/953.

Malaysia akan dihubungkan dengan rangka kerja amanah Sijil Covid Digital EU yang ditubuhkan oleh Peraturan (EU) 2021/953.

Aplikasi MySejahtera juga mengandungi sijil ujian pengesahan Covid-19 bagi ujian real-time Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) tetapi bukan ujian antigen pantas

Perkara itu sekali gus memudahkan pergerakan pengembara Malaysia di negara anggota EU.

Bantu mudahkan pengembara ke EU

Kesatuan Eropah (EU) Iktiraf Sijil Vaksin COVID-19 Di MySejahtera, Mudahkan Pengembara Malaysia 4Foto: Harian Metro

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pengiktirafan itu diberi kerana mereka berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan dan kesahihan sistem berkenaan.

Sistem yang kita bangunkan memang compatible dengan EU dengan WHO dan kita melalui MOSTI, bukan KKM sebab di bawah MOSTI, sedang berunding dengan semua negara-negara yang yang besar, destinasi pelancongan untuk kita, destinasi pelaburan supaya diiktiraf MySejahtera.

Ini banyak membantulah pengembara daripada Malaysia nanti, pergi ke EU tidak ada masalah, boleh tunjuk MySejahtera, boleh diintegrasi dengan sistem mereka

Khairy juga turut berkongsi berita gembira itu di akaun Twitter miliknya pula berkata, ia adalah penyambungan semula hubungan antara Malaysia dan EU.

Sumber: Astro Awani Kosmo

Kesatuan Eropah (EU) Iktiraf Sijil Vaksin COVID-19 Di MySejahtera, Mudahkan Pengembara Malaysia 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list