Infotainment

Ketagih Main ‘Game’ Dalam ‘Phone’, Ini Cara Galakkan Anak Membaca

Ketagih Main ‘Game’ Dalam ‘Phone’, Ini Cara Galakkan Anak Membaca
Ketagih Main ‘Game’ Dalam ‘Phone’, Ini Cara Galakkan Anak Membaca 1

Seperti yang kita tahu, zaman kanak-kanak sekarang berbeza dengan zaman kanak-kanak dahulu yang sering meluangkan masa dengan bermain dan melakukan pelbagai aktiviti di luar rumah.

Namun, kanak-kanak zaman kini dilihat lebih cenderung dengan permainan didalam peranti gajet seperti telefon bimbit dan tablet.

Malah, ada juga segelintir ibu bapa yang sudah buntu dengan ketagihan anak-anak mereka dan cuba mencari jalan penyelesaian.

Ketagih Main ‘Game’ Dalam ‘Phone’, Ini Cara Galakkan Anak Membaca 2

Menerusi bebenang di laman Twitter, seorang pengguna dikenali sebagai Edwin Masripan telah berkongsi cara untuk menggalakkan anak membaca bagi mengelakkan ketagihan bermain gadjet.

1. Biar Anak-Anak Lihat Ibu Bapa Membaca.

Menurutnya, segalanya bermula dengan ibu bapa kerana anak-anak merupakan cerminan ibu bapa, jadi ibu bapa digalakkan mengadakan sesi membaja di meja makan pada setiap pagi.

2. Terangkan Buku Apa Yang Ibu Bapa Baca.

Ibu bapa perlu cuba untuk memikirkan cara bagi menerangkan secara ringkas mengenai isi buku yang dibaca oleh mereka kepada anak-anak.

3. Halang Atau Hadkan Penggunaan Gadjet.

Selain itu, ibu bapa digalakkan untuk tidak memberi sebarang gadjet seperti telefon bimbit atau tablet menjadi hak milik sepenuhnya kepada anak-anak dan menyekat masa mereka bermain permainan gadjet.

4. Galakkan Anak Main Permainan Puzzle.

Sekiranya anak-anak masih gemar bermain telefon bimbit, maka ibu bapa cuba galakkan anak-anak untuk bermain permainan berasakan teka-teki.

5. Pantau Tontonan TV Dan YouTube Anak.

Menurut Edwin, aplikasi YouTube kanak-kanak mempunyai banyak kandungan video tidak bagus yang akan menaikkan hormon dopamine mereka. Secara tidak langsung, perkara ini akan membuatkan anak-anak cepat memberontak sekiranya tidak mendapat sumber hormon tersebut.

6. Pilih Atau Paksa Waktu Membaca.

Ibu bapa digalakkan untuk menyuruh anak-anak membaca pada setiap pagi atau setiap peluang yang ada untuk membaca buku.

7. Bawa Buku Ke Mana-Mana.

Bukan itu sahaja, ibu bapa turut boleh membawa beberapa buah buku di mana-mana tempat mereka pergi supaya dapat membaca sambil menunggu giliran dan sebagainya.

8. Beli Buku Anak-Anak Pilih.

Walaupun anak-anak memilih untuk membeli buku komik, ibu bapa tidak perlu menghalangnya kerana ini dapat menerapkan nilai membaca dalam diri mereka.

Ketagih Main ‘Game’ Dalam ‘Phone’, Ini Cara Galakkan Anak Membaca 3

Dalam pada itu, Edwin menitip pesanan bahawa peraturan ‘basic’ ini perlahan-lahan akan menggalakkan anak-anak untuk suka membaca.

Monkey see, monkey do. Mulakan dengan kita dahulu. Mereka akan follow. Cukuplah kita mensia-sia masa lampau kita. Jangan sia-siakan masa depan anak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ketagih Main ‘Game’ Dalam ‘Phone’, Ini Cara Galakkan Anak Membaca 4


1 minggu lalu

10 Jenis ‘Doorgift’ Murah Untuk Majlis Kahwin, Boleh Beli Dekat Shopee Je!


Ketagih Main ‘Game’ Dalam ‘Phone’, Ini Cara Galakkan Anak Membaca 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo