Artikel Terkini

Ketua kongsi gelap Geng San Sentosa diberkas

Ketua kongsi gelap Geng San Sentosa diberkas
Ketua kongsi gelap Geng San Sentosa diberkas 1

PETALING JAYA – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berjaya menberkas dua lelaki termasuk ketua kumpulan kongsi gelap Geng San Sentosa semalam.

Setiausaha Polis Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, kedua-dua suspek disyaki terlibat dalam aktiviti pemerasan, samun, penjaga premis perlombongan bitcoin, curi kenderaan dan pecah rumah.

Menurut beliau, mereka diberkas pihak polis ketika hendak masuk ke dalam sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda (4×4) di Jalan Raja Musa, Pelabuhan Klang, Klang.

“Ketika serbuan, polis merampas sepucuk pistol jenis revolver disembunyikan di bawah tempat duduk pemandu sebelum pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan sebutir peluru hidup di rumah suspek di Jalan Bendahara, Taman Mewah Ria Klang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noorsiah berkata, dengan penahanan dua lelaki itu secara keseluruhan seramai enam Geng San Sentosa ditahan selain empat pucuk pistol dan lima butir peluru hidup dirampas.

Jelas beliau, sebelum ini tangkapan dua ahli Geng San Sentosa dibuat pada 17 April lalu di Petaling Jaya dengan rampasan sepucuk pistol dan seorang lelaki di Taman Sentosa, Klang, pada 15 Jun.

“Seorang lagi ahli kumpulan sama ditahan di Butterworth, kelmarin serta membawa kepada rampasan sepucuk pistol dan empat peluru hidup.

“Kesemua senjata api yang dirampas didapati tidak mempunyai sebarang lesen sah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Tambah beliau, ketua kumpulan itu memiliki 11 rekod jenayah lampau berkaitan senjata api, curi kenderaan dan dikehendaki dalam satu kes senjata api di Petaling Jaya, pada 17 April lalu.

Geng San Sentosa diburu selepas Bahagian Siasatan Jenayah Khas (D9) JSJ Bukit Aman menubuhkan pasukan khas dengan sasaran menumpaskan kumpulan penjenayah bersenjata api. – KOSMO! ONLINE


Ketua kongsi gelap Geng San Sentosa diberkas 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list