Berita

Kian Meng fokus kejohanan di Bangkok

Kian Meng fokus kejohanan di Bangkok 1

Kian Meng fokus kejohanan di Bangkok 2

Kuala Lumpur: Biarpun dilihat sudah sebelah kaki ke Jelajah Dunia Akhir BWF apabila menduduki ranking kelapan, pemain beregu campuran negara, Tan Kian Meng berasakan ia bukan masa sesuai untuk memikirkan perkara berkenaan.

Menurut pemain yang bergandingan bersama Lai Pei Jing itu, fokus utama mereka adalah pada dua kejohanan awal sebelum saingan Jelajah Dunia Akhir, di mana ketiga-tiganya berlangsung di Bangkok, Thailand.

“Setakat ini kami belum tahu apa-apa lagi (mengenai peluang dan kedudukan di Jelajah Dunia Akhir), sudah lama kami tidak beraksi menentang pemain lain tapi saya yakin dengan kemampuan kami berdasarkan situasi dalam latihan.

“Sekarang kami mahu fokus terhadap dua kejohanan awal (Siri Asia Jelajah Dunia BWF – Yonex Terbuka Thailand dan Toyota Terbuka Thailand) di Bangkok terlebih dulu,” kata Kian Meng.

Ditanya mengenai sasaran di dua kejohanan berkenaan, pemain berusia 26 tahun itu menjelaskan mereka mahu fokus terhadap perlawanan awal terlebih dulu dan tidak mahu fikir terlalu jauh.

“Kami berbuat demikian kerana tidak mahu banyak sangat tekanan diletakkan kepada kami. Apa pun setakat ini semuanya berjalan lancar jika dari segi persiapan. Kami sentiasa mengekalkan tahap terbaik di dalam latihan dan sekarang ini semuanya berjalan lancar. “Jurulatih Paulus (Firman) sentiasa memperkuatkan bahagian yang dilihat senjata utama kami dalam perlawanan. Sebelum ini juga kami mempunyai latihan berkualiti apabila Chan Peng Soon-Goh Liu Ying berlatih bersama namun sekarang mereka sudah mula menjalani latihan di luar,” katanya.

Kali terakhir Kian Meng-Pei Jing beraksi di Jelajah Dunia Akhir ialah pada 2017 tatkala ketika itu kejohanan berkenaan masih lagi dikenali sebagai Siri Super Akhir.

Mereka diletakkan sebagai pilihan ketujuh namun terkandas di peringkat kumpulan selepas gagal mencatatkan sebarang kemenangan.

Kian Meng fokus kejohanan di Bangkok 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo