Artikel Terkini

Kim Swee akui sukar tumbangkan gergasi JDT

Kim Swee akui sukar tumbangkan gergasi JDT
Kim Swee akui sukar tumbangkan gergasi JDT 1

JOHOR BAHRU – Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui berdepan laluan sukar untuk menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) di kubu kuatnya apatah lagi dalam kedudukan defisit satu gol pada aksi separuh akhir kedua kelmarin.

Beliau berkata, keadaan bertambah sukar setelah mereka terpaksa mengejar kedudukan apabila bolos dua gol pada babak pertama permainan.

“Pada babak kedua, kita beraksi dengan lebih baik dengan melakukan hantaran ke depan, hasilnya kita berjaya menjaringkan satu gol.

“Bagaimanapun, agak sukar untuk kita mempamerkan kebangkitan dengan ketiadaan beberapa pemain utama di­sebabkan kecederaan, yang ada kita bawa hanyalah 16 pemain sahaja.

“Pujian harus berikan kepada mereka yang menunjukkan komitmen tinggi dan bermain secara berpasukan. Saya bangga dengan aksi pemain secara keseluruhan pada musim pertama saya bersama Sabah,” katanya kepada pemberita malam semalam.

Kim Swee berkata, pasukan akan mempertimbangkan untuk membawa masuk pemain baharu bagi memperkuatkan pasukan sebagai persediaan menghadapi musim panjang pada tahun depan.

Mengulas khabar angin Darren Lok akan menyertai Sabah pada musim depan, bekas ketua jurulatih kebangsaan itu berkata, masih terlalu awal untuk pihaknya mengesahkan perkara tersebut.

“Darren Lok berada dalam radar kita, tetapi kita masih berbincang dengan beberapa pemain lain untuk memastikan kita berjaya mendapatkan khid­mat mereka..

“Seperti yang saya katakan, kita bukan kelab mewah dari segi kewangan, jadi kita harus melihat kesediaan pihak pengurusan untuk membawa masuk pemain baharu tahun depan,” katanya.

Katanya, pihaknya juga tidak boleh mengetepikan kebarangkalian Sabah memperoleh slot ke Piala AFC musim depan dan pasukan perlu membuat persiapan jauh lebih baik.

Tambahnya, dia juga berkira-kira untuk mengekalkan dua pemain yang dipinjamkan dari JDT iaitu Stuart Wilkin dan Irfan Fazail bersama Sabah pada saingan Liga Malaysia musim depan.


Kim Swee akui sukar tumbangkan gergasi JDT 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo