Infotainment

Kisah Konvoi Maharaja Jepun Berhenti Untuk Beri Laluan Kepada Ambulans Dalam Kecemasan

Kisah Konvoi Maharaja Jepun Berhenti Untuk Beri Laluan Kepada Ambulans Dalam Kecemasan
Kisah Konvoi Maharaja Jepun Berhenti Untuk Beri Laluan Kepada Ambulans Dalam Kecemasan 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Setiap kali ambulans dan konvoi VVIP bertembung di laluan yang sama, selalunya laluan tersebut akan mengutamakan konvoi VVIP terlebih dahulu untuk beberapa saat, sebelum ambulans boleh meneruskan perjalanan.

Bagaimanapun portal SinChiew dan WapCar ada berkongsi satu kisah menarik di mana pada bulan Jun 2019 lalu, media tempatan Jepun heboh apabila konvoi maharaja negara pada waktu itu segera berhenti di tepi jalan apabila ternampak kemunculan sebuah ambulans sambil siren berbunyi daripada lorong bersebelahan.

Salah satu motosikal pengiring konvoi tersebut segera mengetuai ambulans terbabit bagi memudahkan perjalanannya. Selepas ambulans selamat melepasi konvoi maharaja pada waktu itu, konvoi tersebut segera menyambung perjalanan mereka semula.

Menurut ‘Artikel 40 Undang-undang Lalu Lintas Jalan Jepun’, apabila bertemu kenderaan kecemasan seperti ambulans dan trak bomba membunyikan siren di jalan raya, kenderaan lain mesti mengelak ke sebelah kiri jalan untuk memberi laluan kepada kenderaan kecemasan.

Pada waktu itu konvoi Maharaja Naruhito telah dipuji oleh warganet Jepun kerana mereka mematuhi undang-undang jalan raya dan bertolak-ansur semasa situasi kecemasan berlaku melibatkan nyawa rakyat.

Anda boleh lihat beberapa video lain di bawah yang mana konvoi VVIP di Jepun memberhentikan kenderaan untuk memberikan laluan kepada ambulans yang menggunakan laluan yang sama dengan konvoi tersebut.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu pihak polis tempatan telah mengeluarkan beberapa kenyataan bahawa ambulans terpaksa memberhentikan kenderaan bagi mengelakkan pertembungan dengan konvoi. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Polis Jelaskan Tindakan Tahan Ambulans Adalah Untuk Elak Pertembungan Dengan Konvoi

Ambulans Didakwa Terpaksa Berhenti, Pihak Polis Jelaskan Isu Beri Laluan Pada Konvoi VIP


Kisah Konvoi Maharaja Jepun Berhenti Untuk Beri Laluan Kepada Ambulans Dalam Kecemasan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo