Kini Trending
Setiap pasangan yang bercinta sudah pasti mempunyai impian untuk mengakhiri hubungan mereka dengan sebuah ikatan yang sah. Sama seperti seorang gadis dikenali sebagai Robbiatul Adawiah yang menghitung hari untuk disatukan dengan pilihan hatinya.
Namun siapa sangka, impian berkenaan akhirnya terkubur begitu sahaja selepas bakal suaminya itu nekad untuk memutuskan hubungan kerana merasakan mereka sudah tidak serasi lagi.
Kisah sedih itu dikongsikan olehnya menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok. Dakwa gadis berkenaan, mereka sudah bertunang pada 12 November 2021. Bahkan tarikh pernikahan juga sudah ditetapkan pada 12 Februari 2022.
Apa yang menyedihkan lagi apabila segala persiapan termasuk baju serta tempahan yang lain juga sudah disiapkan, namun tidak menyangka bahawa lagi 17 hari majlis akad nikah dijalankan bakal suaminya itu ingin memutuskan hubungan mereka.
Menerusi perbualan Adawiah bersama bakal suaminya itu, lelaki berkenaan mengatakan bahawa dia tidak mahu ada apa-apa lagi dengannya dan takut masjid yang dibina selepas berkahwin tidak kekal lama kerana merasakan sudah tidak serasi lagi.
Sekarang ni aku tak nak ada apa-apa dah dengan kau. Kau nak suruh aku jadi macam bekas lelaki kau ke? Kita ni tak serasi. Nak kahwin pun tak akan tahan lama. Makin lama makin nampak kita tak serasi.
Jangan cari aku lagi jangan mesej aku lagi. Kau cari lah lelaki yang macam kau nak.
Dalam pada itu, gadis berkenaan meluahkan bahawa hatinya hancur dengan apa yang berlaku dan tidak menyangka bahawa ujian bertunang itu adalah benar dan menyakitkan.
Hanya Allah je yang tahu hancurnya hati seorang perempuan yang 100% berharap yang ni adalah terakhir dalam hidup dia tapi hakikat hancur musnah.
Mengenangkan jodoh mereka sudah tidak panjang lagi, gadis ini hanya mampu bersabar dan terus kuat untuk menghadapi dugaan yang dihadapinya.
@robbiatuladawiah ?#fpyyyyyyy #ujian ? original sound – Yazid Izaham
Sumber : robbiatuladawiah
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo