Berita

Komitmen Apec tangani dua krisis

Komitmen Apec tangani dua krisis 2

MAJLIS Penasihat Perniagaan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Abac) percaya kerjasama antarabangsa membabitkan anggota Apec mampu menangani krisis kesihatan dan ekonomi yang dihadapi sekarang.

Pengerusi Abac, Datuk Rohana Tan Sri Mahmood berkata, pemimpin perniagaan di Asia Pasifik mendesak pemimpin Apec untuk bekerjasama bagi mengatasi pandemik Covid-19 dan menerapkan visi kukuh.

Katanya, ia juga memerlukan komitmen kolektif anggota Apec untuk menjalin kerjasama antarabangsa dan berfungsi sebagai kerangka dalam pemulihan dan pertumbuhan ekonomi yang berterusan di rantau ini.

“Cabaran ini menuntut kerjasama dan koordinasi supaya kita semua akan menjadi lebih kuat ketika bertindak bersama.

“Abac juga meminta supaya mengadakan Kawasan Perdagangan Bebas di Asia Pasifik.

“Kami menginginkan wilayah yang secara bersama menanggapi cabaran yang ada serta menghargai hubungan antara semua termasuk perdagangan, pelaburan bebas dan terbuka serta ekonomi digital yang dinamik.

“Anggota Apec perlu menyedari pentingnya inovasi, hubungan dan keperluan untuk mengembangkan infrastruktur digital yang mantap bersama persekitaran pengawalseliaan yang memungkinkan ia mendorong pertumbuhan ekonomi berterusan dan inklusif,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Abac di sini, semalam.

Rohana berkata, untuk jangka panjang, Abac turut memberi tumpuan kepada tiga bidang utama iaitu membabitkan integrasi ekonomi, inovasi (digitalisasi) dan kelestarian.

Menurutnya, pandemik Covid-19 memberi impak besar dan menyukarkan semua pihak untuk mencapai matlamat disasarkan.

“Namun, dalam mengatasi isu ini kita perlu memberi penekanan terhadap perusahaan kecil, wanita, komuniti Orang Asli, belia dan kumpulan lain yang kurang bernasib baik.

“Kita juga perlu bersatu untuk membina komuniti ekonomi Asia Pasifik yang mampan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sektor swasta diminta memainkan peranan lebih aktif dan efektif ke arah pemulihan ekonomi di seluruh rantau pasca-Covid-19.

Katanya, kerjasama sama semua pihak menjadi semakin penting bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang disasarkan Abac.

Komitmen Apec tangani dua krisis 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo