Infotainment

Kongsi Kemakmuran Bersama Setiap Lapisan Masyarakat

Kongsi Kemakmuran Bersama Setiap Lapisan Masyarakat 1

Kongsi Kemakmuran Bersama Setiap Lapisan Masyarakat 2

Bayangkan situasi di mana anda perlu sediakan hidangan untuk 400 orang. Bagaimana pula sekiranya jumlah sama digandakan dengan tujuh hari selama sebulan.

Itulah rutin harian perlu dijalani pemiliki Chef on Wheels, Seet Wai Song, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan kerajaan pada 18 Mac lalu.

Seet mula mengedarkan makanan menerusi program Sponsor A Meal (SAM), kepada setiap lapisan masyarakat yang terkesan rentetan perintah kawalan itu.

Sehingga hari ini, biarpun kerajaan mula memberikan kelonggaran terhadap arahan itu namun semangat kekitaan dimiliki Seet untuk membantu golongan yang terkesan berterusan.

Bantu Seramai Yang Boleh

Kongsi Kemakmuran Bersama Setiap Lapisan Masyarakat 3

Hari ini, program sumbangan makanan dijalankan itu berkembang menjadi landasan untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) yang ingin membuka perniagaan mereka sendiri.

Seet berkata, SAM bertuah kerana dikelilingi individu yang enggan diri mereka didedahkan namun berpegang teguh pada prinsip usaha murni tidak memerlukan hebahan atau sebaliknya menjadi ‘bintang’ di sosial media untuk dimulakan.

Sejajar dengan konsep kemakmuran bersama, visi diketengahkan itu diharapkan dapat memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat yang memerlukan bantuan.

“Saya dikelilingi oleh ‘bidadari’ menyokong usaha ini. Mereka lebih selesa untuk tidak dikenali sebaliknya mementingkan pencapaian diketengahkan ini,” kata Seet.

“Mereka berkongsi rezeki dimiliki bagi membantu golongan kurang bernasib baik dan barisan hadapan yang memerah keringat.

Tambahnya, selain menyampaikan makanan kepada gelandangan, SAM turut menyalurkan makanan kepada hospital dan pelajar universiti yang tidak dapat pulang ke rumah masing-masing berikutan PKP.

“Kami ingin membantu seramai mungkin..untuk membantu setiap individu memerlukan. Mereka yang menyokong usaha ini juga datang dari pelbagai latar belakang.”

“Inilah semangat sebenar rakyat Malaysia. Apabila menyentuh tentang kebajikan, kita amat prihatin tanpa mengambil kira warna kulit.”

Kongsi Kemakmuran Bersama Setiap Lapisan Masyarakat 4

Tambahnya usahanya itu turut mendapat kerjasama daripada beberapa syarikat selain menyampaikan sumbangan makanan kini kedua pihak sedang merancang untuk menyediakan peluang perniagaan buat golongan B40.

“Usaha seperti ini sememangnya memerlukan masa, namun saya yakin ia akan membuahkan hasil,” kata Seet.

Perlu Berganding Bahu

Kongsi Kemakmuran Bersama Setiap Lapisan Masyarakat 5

Zamzani Abdul Wahab, lebih dikenali sebagai Chef Zam, bersetuju konsep kemakmuran bersama terbukti menerusi kehangatan sikap rakyat Malaysia yang sedia membantu.

Malah, tema bagi Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 iaitu ‘Mengoptimumkan Potensi Insan ke arah Masa Depan Perkongsian Kemakmuran’ mencerminkan falsafah ‘Perkongsian Kemakmuran.’

Sebagai salah seorang ahli penting badan kebajikan Food Aid Foundation, Chef Zam berkata, “Kita perlu berganding bahu – perkara ini tidak terhad buat chef atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sahaja.”

Food Aid Foundation sudah memainkan peranan penting dalam menyampaikan makanan harian kepada rakyat Malaysia biarpun sebelum COVID-19 melanda negara.

“Pegangan kami adalah tiada individu dibiarkan kelaparan. Pun begitu, ketika COVID-19, kami menyalurkan makanan kepada individu yang dikuarantin di pusat kuarantin dan mereka yang berada di skim perumahan awam.

“Ada ketika, kami turut berkerjasama dengan NGO lain untuk mengedarkan makanan kepada golongan gelandangan,” tambahnya.

Che Zam berkata, bagi membolehkan makanan disalurkan itu tahan lama, mereka melakukan penambahbaikan. “Kami menerima brownies dan kek butter hampir luput. Dari membuang hidangan seperti itu, kami jadikan pembuka selera yang enak. Ia berubah menjadi hidangan baru.

Katanya pada detik sukar, adalah baiknya untuk “menjadikan yang terbaik” dari apa yang sudah sedia ada. Food Aid Foundation bahkan mendekati sebuah gimnasium Muay Thai di tengah Kuala Lumpur yang memulihkan kanak-kanak bermasalah melalui seni mempertahankan diri.

Kelab Dragon Muay Thai di Bukit Bintang menempatkan anak-anak muda untuk mempelajari seni mempertahankan diri, berdisiplin dan membantu pengurusan gimnasium bagi membolehkan mereka mempelajari konsep perkhidmatan pelanggan dan keusahawanan.

APEC 2020 Beri Manfaat Lebih Ramai Masyarakat

Kongsi Kemakmuran Bersama Setiap Lapisan Masyarakat 6

Inisiatif, yang dimulakan pada 2015, bertujuan untuk membantu remaja dari bebanan tekanan dan keluar dari kelompok kemiskinan.

Itu adalah antara inisiatif diusahakan rakyat Malaysia bagi membantu meningkatkan status golongan memerlukan. Seiringan itu, perhimpunan secara maya ahli ekonomi APEC 2020 membolehkan sesi penukaran idea dan rangkaan dasar politik terhadap isu yang dihadapi masyarakat, sekali gus menjadikan perbincangan terhasil sebagai pemangkin mencakupi segenap lapisan masyarakat di rantau ini.

Sebagai tuan rumah, Malaysia mengharapkan keutamaan agenda kemakmuran bersama dapat diterjemahkan ke dalam rancangan kerja bagi anggota organisasi terbabit pada tahun ini.

Konsep kemakmuran bersama, diperkenalkan oleh Malaysia ketika Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC di Papua New Guinea pada 2018, sejajar dengan aspirasi global dan domestik Malaysia.

Selaku Pengerusi Mesyuarat Pegawai Kanan APEC 2020, Hairil Yahri Yaacob, pada awal tahun ini menyuarakan harapannya agar agenda kemakmuran mampu menjangkau segenap lapisan masyarakat.

“Kami mahu setiap lapisan masyarakat dapat merasai agenda diketengahkan APEC buat mereka,” Hairil berkata demikian kepada Sekretariat APEC ketika pertengahan persiapan Mesyuarat Pegawai Kanan pertama bagi 2020 pada Februari lalu.

Rangkaian pertemuan itu diadakan sepanjang tahun, menyaksikan perwakilan dari pelbagai ekonomi berpegang teguh terhadap komitmen mereka untuk berusaha mewujudkan dasar cukai, perdagangan dan perniagaan yang membolehkan pembangunan semula ekonomi masing-masing.

Pembangunan semula ekonomi juga bermaksud peningkatan kecekapan rantaian bekalan yang memberi keuntungan terhadap pelbagai sektor. Perkara ini dapat membantu penggerak industri untuk bangkit kembali dari penurunan ekonomi perdagangan sepanjang pandemik.

Kekukuhan ekonomi membolehkan perniagaan dan komuniti menikmati pulangan yang lebih baik. Ini secara langsung memperlihatkan lebih banyak syarikat bahkan individu memberi komitmen untuk menolong insan lain sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial mereka.

Dasar yang dibuat dan ditegaskan ketika sidang kemuncak APEC 2020 dapat memberikan manfaat kepada lebih ramai masyarakat apabila ia disempurnakan oleh pelbagai ekonomi.

APEC menjadi forum antara 21 ahli ekonomi di rantau Pasifik untuk mempromosi perdagangan bebas di seluruh rantau Asia Pasifik. Malaysia menjadi tuan rumah APEC untuk kali kedua – yang pertama pada 1998.

Tahun ini, Malaysia melakar sejarah sebagai ekonomi pertama yang menganjurkan APEC menerusi format maya sepenuhnya. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri adalah sekretariat kebangsaan acara terbabit.



Kongsi Kemakmuran Bersama Setiap Lapisan Masyarakat 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo