Artikel Terkini

Konsep Hibab Untuk Tinggalkan Harta Pada Waris

Konsep Hibab Untuk Tinggalkan Harta Pada Waris
Konsep Hibab Untuk Tinggalkan Harta Pada Waris 1

Bila bercakap tentang pengendalian harta, macam-macam persoalan mula bermain di fikiran. Contohnya, cukup ke harta yang nak ditinggalkan, pada siapa nak bagi harta tu, perlu ke buat wasiat, apa akan jadi kalau tiba-tiba meninggal dunia dan banyak lagi.
Kalau anda perasan, sekarang ni ramai yang bercakap tentang konsep hibah untuk tinggalkan harta kepada waris. Yang paling popular di kalangan rakyat Muslim Malaysia ialah hibah takaful yang diambil oleh suami kepada isterinya.

Walaupun sering terdengar tentang hibah, tapi masih ramai antara kita yang tak berapa tahu apakah pengertian dan fungsi sebenar kaedah ini. Jadi, jom kita teroka semuanya tentang hibah ni!

Konsep Hibab Untuk Tinggalkan Harta Pada Waris

Apakah Maksud Hibah?
Hibah ni maksudnya “pemberian” sama ada dalam bentuk barangan yang nyata atau tidak. Hibah juga boleh memberi erti “hadiah” atau “sedekah”.
Kalau dilihat dari pandangan syarak Islam pula, hibah adalah satu instrumen perancangan pengagihan atau pemberian harta yang sah.

Islam menggalakkan penganutnya menggunakan kaedah ini bagi mengelakkan sebarang pertikaian yang mungkin terjadi di antara keluarga, saudara mara dan pewaris apabila berlakunya kematian.

Apabila hartanah seperti rumah telah dihibahkan kepada pasangan, sekurang-kurangnya tempat berteduh itu akan menjadi hak mutlak pasangan.

Apakah Beza Hibah Dan Faraid?

Haaaaa…mesti ada yang tertanya-tanya kenapa perlu hibah sebab kita kan ada faraid, yang juga adalah pembahagian harta mengikut syarak. Okay, supaya anda semua tak keliru antara hibah dan faraid, kami senaraikan perbezaan kedua-dua kaedah ni.

HibahFaraid
Ini adalah pemberian hadiah yang dilakukan atas dasar kasih sayang kepada ahli keluarga atau bukan ikhlas kerana Allah.

Sesiapa yang ingin menghibahkan harta digalakkan untuk mendapat pengesahan daripada Mahkamah Syariah dan perlu dibuat secara bertulis.

Hibah adalah pemberian harta sebelum berlaku kematian.

Faraid adalah pembahagian harta atau pusaka mengikut perundangan Islam kepada waris yang sah dan layak.

Sekiranya seseorang meninggal dunia tanpa wasiat atau hibah, semua harta si mati yang dinamakan sebagai harta pusaka akan diagihkan mengikut hukum faraid.

Faraid adalah pembahagian harta selepas berlaku kematian.

 

Samada hibah atau faraid, tujuan sistem ni, tak lain dan tak bukan untuk memudahkan pengurusan harta anda sebelum atau selepas kematian.

Apakah Hibah Bersyarat Rumah Bercagar (HBRB)?

Hibah Bersyarat Rumah Bercagar (HBRB) ni muncul sebagai penyelesaian kepada mereka yang nak hibahkan rumah tapi masih belum habis bayar dengan bank.

Disebabkan syarat wajib hibah mestilah harta yang dimiliki sepenuhnya, timbul isu yang rumah tak habis bayar ni tak boleh dihibahkan.

Hurm, macam mana pula tu. Okay, jangan pening-pening. HBRB akan membantu anda mendapatkan “pemilikan sempurna” tapi dengan syarat perlu ada jaminan yang hutang rumah tersebut akan dilangsaikan bila pemberi hibah meninggal dunia.

Jadinya, untuk menjawab pertanyaan, “Bolehkah saya hibahkan rumah yang masih ada hutang dengan pihak bank?”

Jawapannya ialah BOLEH, dengan syarat mendapat keizinan penggadai atau peminjam, pendek kata, bank yang memberi pinjaman tu.

Jadi, untuk pastikan ada jaminan yang baki pinjaman rumah habis dibayar jika pemberi hibah meninggal dunia, perlindungan takaful ke atas pinjaman seperti MRTT atau MLTT boleh digunakan.

Kesimpulannya, sebelum menghibah, ambil kira semua baik buruk yang mungkin ada dan pastikan anda bersedia sepenuhnya untuk menghibah.

Bukan apa, seringkali kita terdengar mengenai perebutan harta pusaka antara pewaris selepas kematian. Perkara tulah yang kita semua nak elak kan?

Selamat menghibah!

Konsep Hibab Untuk Tinggalkan Harta Pada Waris 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list