Artikel Terkini

Kubu kuat PKR di Permatang Pauh ditembusi selepas 40 tahun

Kubu kuat PKR di Permatang Pauh ditembusi selepas 40 tahun
Kubu kuat PKR di Permatang Pauh ditembusi selepas 40 tahun 1

SEBERANG PERAI – Legasi keluarga Anwar Ibrahim selama 40 tahun di Parlimen Permatang Pauh berakhir selepas calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Fawwaz Mat Jan memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Permatang Pauh, Muzkhairil Muhamad di pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di Bukit Mertajam di sini kira-kira jam 1.35 pagi tadi.

Kubu kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ditembusi PN dengan majoriti 5,272 sekali gus menewaskan penyandang kerusi tersebut, Nurul Izzah Anwar yang memperoleh 32,366 undi.

Kubu kuat PKR di Permatang Pauh ditembusi selepas 40 tahun 2
Muhammad Fawwaz.

Muhammad Fawwaz menyifatkan persaingan antara PN dengan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sengit dan beliau tidak menjangka beroleh kemenangan dengan jumlah majoriti tersebut.

“Ini merupakan perkara positif kerana kita berjaya pecahkan kubu kuat PKR atau kubu kuat PH di Malaysia.

“Kalau kita lihat Permatang Pauh adalah kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tak silap saya dari PRU6 hingga PRU14,  Parlimen ini menjadi kawasan taklukan mereka.

“Apa yang berlaku telahpun berlaku dan kita dapat lihat gelombang besar di Permatang Pauh dan juga seluruh negara terutamanya sokongan anak muda sokongan atas pagar,” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, Muhammad Fawwaz dicium ibunya, Kamariah Abdul Latif sebaik diumumkan memenangi kerusi parlimen itu.

Kubu kuat PKR di Permatang Pauh ditembusi selepas 40 tahun 3
Muhamad Fawwaz dicium ibunya sebaik diumumkan berjaya tembusi kubu kuat PKR.

Mengulas lanjut Muhammad Fawwaz berkata, isu kebajikan penduduk setempat akan menjadi perkara pertama untuk beliau laksanakan.

“InsyaAllah saya akan cuba tunaikan janji dan saya ingin memohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang saya tempoh berkempen di Permatang Pauh,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati penyokong supaya tidak melakukan aktiviti konvoi mahupun perarakan, sebaliknya pulang ke rumah bagi memastikan Permatang Pauh kekal tenang.

Nurul Izzah sebelum ini mengekalkan penguasaan PKR di Parlimen Permatang Pauh sejak 1998 apabila memenangi PRU14 dengan majoriti 15,668 undi.

Beliau memperolehi 35,534 undi mengalahkan Mohd Zaidi yang memperolehi 19,866 undi dan Afnan Hamimi Taib Azamudden dari Pas (14,428 undi).

Kerusi tersebut sebelum ini disandang sama ada Anwar atau isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak tahun 1982. – MalaysiaGazette

Kubu kuat PKR di Permatang Pauh ditembusi selepas 40 tahun 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo