Berita

Kumpul 10,000 barang antik | Harian Metro

Kumpul 10,000 barang antik | Harian Metro 2

Seremban: Bagaikan berada di muzium barangan antik. Itu yang dapat dilihat sebaik melangkah masuk ke dalam rumah, Martiza Maria Shahril, 34, yang memiliki kira-kira 10,000 koleksi barang antik.

Koleksi barangan itu termasuk set pinggan, mangkuk dari pelbagai jenama termasuk dari luar negara, pasu bunga, almari kayu, mesin jahit, seterika kayu arang, barangan tembaga, pelita, lampu minyak tanah, cawan, jam yang disusun kemas di atas rak.

Martiza Maria berkata, pada mulanya aktiviti mengumpul barangan antik itu hanyalah hobi untuk kepuasan diri sendiri.

Katanya, bagaimanapun selepas melihat potensinya, beliau melebarkan aktiviti itu dengan menjual koleksinya itu.

“Minat mengumpul barangan antik berusia puluhan dan ratusan tahun ini tercetus sejak 10 tahun lalu selepas berhenti berkhidmat sebagai tukang masak di beberapa restoran di sekitar Seremban.

“Selepas melihat potensinya, saya cuba meluaskan lagi aktiviti dengan menjual kepada orang ramai dan peminat.

“Pada peringkat awal, saya tidak berapa arif tentang harga sesuatu barangan itu tetapi selepas membuat sedikit kajian serta perbandingan, ternyata harga barangan antik ini begitu tinggi di pasaran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seroja, di sini, hari ini.

Beliau yang mendapat sokongan suami, Alwali Firdaus Abdullah, 56, dan dua anaknya berusia 10 dan 16 tahun mengeluarkan modal sekitar RM40,000 untuk membeli barangan dari kedai antik, pasar karat dan individu termasuk dari rakan.

Martiza Maria berkata, antara barang antik menjadi kegilaan utama ketika ini ialah set pinggan mangkuk seperti teko, cawan dan piring dihiasi lukisan bunga.

Menurutnya, dia memiliki pelbagai koleksi set pinggan mangkuk dari England, Jerman, China, Indonesia dan Amerika Syarikat.

Menurutnya, kebanyakan harga barangan antik dibeli serendah RM10 hingga cecah ribuan ringgit bergantung kepada jenis, reka bentuk dan saiz.

“Sebagai contoh, set pinggan mangkuk antik dari England berjenama Corningware Vintage boleh mencecah sehingga RM20,000 dan saya pernah menjualnya kepada seorang kenamaan.

“Ada juga barangan yang saya jual sekadar mendapat pulang modal. Pembeli bukan sekadar orang tempatan tetapi juga dari luar seperti Indonesia dan Singapura.

“Namun tidak semua barangan antik ini saya jual terutama yang unik dan saya simpan sebagai koleksi peribadi,” katanya.

Martiza Maria berkata, keluaran set pinggan mangkuk zaman dahulu berbeza dengan sekarang terutamanya kualiti.

Menurutnya, ketika dahulu, kilang menghasilkan pinggan mangkuk menggunakan kaca seramik asli iaitu ‘Pyroceram’ yang tahan haba dan boleh terus digunakan dalam ketuhar.

“Kini, kebanyakan kilang berhenti menghasilkannya disebabkan permintaan tinggi tetapi kekurangan sumber. Ada pun ketahanannya tidak sama seperti dulu, menyebabkan harganya begitu tinggi di pasaran,” katanya.

Melalui aktiviti berkenaan katanya, beliau mempunyai ramai kawan termasuk dari luar negara dan dari pelbagai peringkat, sekali gus dapat bertukar pengalaman antara satu sama lain dan meningkatkan motivasi diri.

Kumpul 10,000 barang antik | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo