Berita

Kunak kembali zon merah | Harian Metro

Kunak kembali zon merah | Harian Metro 1

Kunak kembali zon merah | Harian Metro 2

Kota Kinabalu: Daerah Kunak kembali ke zon merah selepas kira-kira dua bulan berada dalam zon kuning dan jingga, berikutan peningkatan kes positif Covid-19 yang dilaporkan semalam.

Ia menjadikan 15 daerah berada dalam zon merah di Sabah berbanding 14 kelmarin, empat daerah dalam zon jingga, manakala enam daerah dalam zon kuning dan dua zon hijau.

Kunak pernah merekodkan kadar jangkitan Covid-19 yang tinggi pada Oktober lalu sebelum turun secara berperingkat ke zon jingga, kuning dan hijau tetapi meningkat semula kepada jingga sejak 26 Disember lalu.

Daerah itu merekodkan tiga kes baharu semalam, sama dengan Kinabatangan, manakala dua kes di Semporna dan satu kes di Ranau, semuanya dalam zon merah.

Menteri Kerajaan Tempatan dàn Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata kes tertinggi dalam zon merah direkodkan di Kota Kinabalu dengan 50 kes, diikuti Lahad Datu (47), Tawau (43), Penampang (22) dan Sandakan (17).

“Selebihnya daerah Keningau (sembilan kes), Kota Belud dan Papar masing-masing lapan kes serta Tuaran dan Putatan masing-masing dengan enam kes.

“Bagi zon jingga, Kudat merekodkan tujuh kes, diikuti Kalabakan (enam kes), Sipitang (lima kes) dan Tenom tiada kes baharu,” katanya dalam kenyataan media perkembangan Covid-19 Sabah, di sini, malam tadi.

Enam daerah berada dalam zon kuning iaitu Kota Marudu (lima kes), Kuala Penyu (dua kes), Pitas dan Beluran masing-masing satu kes, manakala Beaufort tiada kes baharu.

Dua lagi daerah kekal dalam zon hijau iaitu Nabawan dan Tongod.

Secara keseluruhan sebanyak 254 kes baharu direkodkan di Sabah semalam berbanding 299 kes kelmarin, menjadikan kumulatif sebanyak 37,294 kes setakat ini.

Bagi kes sembuh, seramai 239 pesakit dibenarkan keluar hospital, menjadikan kumulatif sembuh seramai 34,873 orang, manakala 1,724 orang masih dirawat, dengan 633 orang di hospital dan 1,091 orang di pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC).

Masidi berkata, kebanyakan kes Covid-19 di Sabah semalam berpunca daripada saringan kontak rapat.

“Tiada kluster baharu dilaporkan dan daripada 254 kes positif Covid-19 yang direkodkan, sebanyak 165 kes atau 65 peratus berpunca daripada saringan kontak rapat, manakala 43 kes atau 16.9 peratus saringan bergejala dan sembilan kes atau 3.5 peratus daripada saringan kluster sedia,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Kunak kembali zon merah | Harian Metro 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo