Berita

Kupas ‘cerita dalam kain’ | Harian Metro

Kupas 'cerita dalam kain' | Harian Metro 2

ASTRO dengan kerjasama Nu Ideakiv Sdn Bhd menerbitkan program bual bicara terbaharu iaitu Borak Kelamin khusus mengenai alam perkahwinan berkaitan isu rumah tangga yang sering dianggap tabu atau sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.

Program yang diklasifikasikan untuk tayangan 18 tahun ke atas itu menampilkan pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Elly Mazlein selaku hos sepanjang 10 episod yang mula ditayangkan pada 1 Mac lalu di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124), setiap Isnin jam 9 malam.

Tampil dengan pengisian interaktif yang berani dan sensasi, program itu mengetengahkan topik diskusi merangkumi kupasan ilmiah yang kompresensif oleh barisan panel pakar perunding jemputan daripada pelbagai bidang pengkhususan berdasarkan tema mingguan seperti pakar motivasi, perunding psikologi, kaunselor perkahwinan, penceramah dan sebagainya.

Bagi merancakkan lagi sesi perbincangan pada setiap episod, tetamu jemputan istimewa yang terdiri daripada barisan selebriti popular tanah air turut diundang khas untuk berkongsi pengalaman peribadi sepanjang melayari bahtera perkahwinan bersama pasangan atau bekas pasangan secara terbuka dan profesional.

Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, program Borak Kelamin menjadi satu lagi platform utama dalam menyalurkan maklumat mengenai isu rumah tangga secara profesional.

“Seperti yang kita tahu, perkara berkaitan dengan ‘cerita dalam kain’ dalam sesebuah institusi perkahwinan adalah subjek tabu yang kurang dibicarakan secara terbuka terutamanya di kaca televisyen. Topik sebegini juga sering dielakkan untuk menjaga aib dan sensitiviti masyarakat.

AZAD dan isteri antara selebriti jemputan.
AZAD dan isteri antara selebriti jemputan.

“Jika kita lihat sejak kebelakangan ini, semakin ramai pasangan suami isteri yang mungkin sedang mengalami konflik dalaman gemar mengadu domba di media sosial. Sekiranya perkongsian tersebut dilihat daripada perspektif positif, mungkin respons yang diterima daripada netizen dapat membantu meredakan tekanan. Jika sebaliknya, ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan tanpa sebarang jalan penyelesaian.

“Jadi, program ini sebagai platform utama dalam menyalurkan maklumat yang berkaitan dengan lebih luas menerusi sesi perbincangan yang sihat, harmoni dan positif bersama panel jemputan.

Walaupun topik yang diketengahkan agak panas dan boleh mengundang kontroversi, namun ia tidaklah keterlaluan dan masih sesuai dengan resam masyarakat Malaysia.

“Kami percaya tahap penerimaan penonton masa kini sudah semakin matang dan tahu menilai mesej di sebalik keseluruhan konteks kandungan yang ingin disampaikan. Semoga perkongsian ilmu menerusi program ini dapat dijadikan rujukan serta boleh dimanfaatkan bersama baik oleh pasangan yang sudah berkahwin mahupun yang sedang dalam persediaan menuju ke alam rumah tangga,” katanya.

Sebanyak 10 topik hangat yang bakal dibincangkan untuk siaran musim pertama ialah Rupa Atau Harta; Off Handphone; Sentuhlah Pasangan; Kelambu Dingin dan Janda Duda Rebutan.

AWAL dan Elly selaku hos Borak Kelamin.
AWAL dan Elly selaku hos Borak Kelamin.

Selain itu, turut diketengahkan topik Dominasi Kelamin; Trauma Mentua; Cinta Luar Biasa; Isteri Bukan Orang Gaji; Perkahwinan Campur Lebih Power, Benarkah? dan Pasangan Pergi Mengejut, Bersediakah Anda?

Penerbitan musim pertama juga turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti popular yang diundang selaku tetamu jemputan seperti Azad Jazmin dan Eira Syazira; Norman Hakim dan Memey Suhaiza; Lana Nodin dan Daud Mckienzie; Sharifah Shahira dan Ijoy; Fizo Omar; Ramona Zamzam; Ifa Raziah; Ain Edruce; Edika Yusof dan Datuk Ziela Jalil.

Kupas 'cerita dalam kain' | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo