Infotainment

KWSP Beli 13.2 Juta Saham Top Glove


Sejak pandemik COVID-19 melanda, dapat dilihat pelbagai industri serta syarikat yang mengalami penurunan dari segi jualan serta keuntungan. Walau bagaimanapun, perkara ini nampaknya tidak berlaku buat syarikat Top Glove selaku pengeluar barangan keperluan orang ramai bagi menghadapi penularan COVID-19.

Bersempena dengan peningkatan saham Top Glove, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membeli 13.209 juta saham Top Glove Corporation Bhd pada 4 November lalu.

top_glove_20201106184932_reuters

Menerusi pembelian saham yang dibuat, KWSP kini memegang 492.52 juta saham atau 6.048% pegangan dalam syarikat Top Glove. Saham syarikat ini didagangkan sekitar RM8.01 dan RM8.36 pada 4 November.

Untuk pengetahuan, Top Glove berjaya mencatat keuntungan bersih dari tahun ke tahun dengan lonjakan sebanyak 417 peratus pada tahun kewangan 2020 kepada RM1.86 bilion.

Lonjakan ini didorong dengan permintaan sarung tangan getah yang tinggi disebabkan pandemik COVID-19 dengan pertambahan daripada RM4.8 bilion yang dicatatkan pada tahun kewangan 2019 kepada RM7.23 bilion. Syarikat ini juga turut berjaya muncul sebagai syarikat kedua dengan saham paling berharga di Bursa Malaysia.

Dilaporkan pemegang saham Top Glove menerima dividen hampir RM 1 bilion selepas berjaya mencatat keuntungan yang tinggi sempena pandemik COVID-19.

Untung Besar Di Tengah Pandemik COVID-19, Pemegang Saham Top Glove Terima Dividen Hampir RM1 Bilion

Top Glove Ambil Tempat Public Bank, Jadi Syarikat Kedua Dengan Saham Paling Berharga Di Bursa Malaysia

KWSP Umum Dividen 5.45% Bagi Simpanan Konvensional, Agihan Terendah Sejak 2008

 





Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo