Infotainment

KWSP Benarkan Pencarum Terkesan Keluarkan Wang Akaun 1 Sehingga RM60,000

KWSP Benarkan Pencarum Terkesan Keluarkan Wang Akaun 1 Sehingga RM60,000 1

KWSP Benarkan Pencarum Terkesan Keluarkan Wang Akaun 1 Sehingga RM60,000 2

Sekiranya anda kerap mengikuti perkembangan semasa, pastinya anda cukup tahu dimana topik pengeluaran wang pada melalui Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) antara yang merupakan topik hangat ketika ini.

Bermula dengan sekadar cadangan serta desakan daripada beberapa pihak, KWSP telah mengumumkan pencarum yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan, cuti tanpa gaji dan terbabit dalam sektor tidak formal berpeluang memohon pendahuluan sehingga RM60,000 daripada Akaun 1.

Menurut syarat yang ditetapkan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias, ahli yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 di bawah RM90,000 boleh memohon pendahuluan sebanyak RM9,000 dengan amaun pendahuluan sebanyak RM4,000.

Sementara itu, ahli yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi RM90,000 akan berpeluang mengeluarkan 10% daripada jumlah simpanan dengan jumlah maksimum RM60,000. Menerusi iniasiatif yang dinamakan sebagai i-SINAR, dilaporkan seramai dua juta ahli akan menerima manfaat ini dengan anggaran jumlah bernilai RM14 bilion.

Perlu dibayar semula

20170428-TheStar-EPF_0

Untuk pengetahuan anda, KWSP akan memberikan pendahuluan kepada ahli yang terjejas. Walau bagaianapun, jumlah yang diberikan itu perlu dibayar semula apabila mereka sudah mendapat pekerjaan dan mula kembali mencarum.

Mengulas daripada kaedah pemberian, difahamkan KWSP akan mengkreditkan jumlah yang dipohon pencarum yang terkesan secara berkala selama enam bulan sementara menantikan pemohon mendapatkan pekerjaan baharu.

Dalam pada itu, KWSP dilaporkan telah berjaya membeli 13.2 juta saham Top Glove pada minggu lalu.

KWSP Beli 13.2 Juta Saham Top Glove

Pencarum KWSP Boleh Keluarkan RM500 Sebulan Daripada Akaun 1 Mulai Januari 2021




KWSP Benarkan Pencarum Terkesan Keluarkan Wang Akaun 1 Sehingga RM60,000 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo