Berita

KWSP perhalusi kemudahan pengeluaran akaun 1

KWSP perhalusi kemudahan pengeluaran akaun 1 2

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang memperhalusi dan menambah baik kemudahan pengeluaran Akaun 1 yang disasarkan seperti diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat lalu.

“Semua pandangan dan input daripada pelbagai pihak berkepentingan sedang dalam proses pertimbangan,” menurut KWSP dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kemudahan ini perlu dibuat berdasarkan satu perincian secara teliti bagi mengimbangi keperluan ahli menangani cabaran semasa dan memastikan simpanan persaraan untuk kesejahteraan masa depan.

“Perincian dan syarat-syarat kemudahan pengeluaran tambahan ini akan dibuat dalam masa terdekat setelah keputusan akhir dimuktamadkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 November 2020 @ 10:13 PM

KWSP perhalusi kemudahan pengeluaran akaun 1 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo