Berita

KWSP sedang teliti syarat pengeluaran

KWSP sedang teliti syarat pengeluaran 2

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang memperhalusi dan menambah baik kemudahan pengeluaran tambahan seperti yang telah diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2021, baru-baru ini.

KWSP dalam kenyataan hari ini berkata, semua pandangan dan input dari pelbagai pihak berkepentingan sedang dalam proses pertimbangan.

“Kemudahan ini perlu dibuat berdasarkan satu perincian secara teliti bagi mengimbangi keperluan ahli menangani cabaran semasa dan memastikan simpanan persaraan untuk kesejahteraan masa hadapan.

“Perincian dan syarat-syarat kemudahan pengeluaran tambahan ini akan dibuat dalam masa terdekat selepas keputusan akhir dimuktamadkan,” katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan kebenaran mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan.

Katanya, pengeluaran itu adalah bagi membantu ahli-ahli yang kehilangan pekerjaan dan dijangka meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas.

Beliau berkata, dengan inisiatif itu dan Pengeluaran i-Lestari (akaun 2) yang diperkenalkan pada April lalu sebanyak RM500 sebulan sehingga 12 bulan, maka jumlah keseluruhan pengeluaran tunai dibenarkan adalah sehingga RM12,000.

Permohonan boleh dibuat mulai Januari 2021.

  • Lagi berita berkaitan Belanjawan 2021
  • KWSP sedang teliti syarat pengeluaran 2

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo