Berita

Labur RM155j bina kilang buat PPE

Labur RM155j bina kilang buat PPE 1

Labur RM155j bina kilang buat PPE 2

Batu Kawan: Iconic Worldwide Bhd berhasrat menjadi pembuat sarung tangan terkemuka di dunia berikutan pelaburannya sebanyak RM155 juta untuk kilang pembuatan peralatan perlindungan diri (PPE) yang baharu di Pulau Pinang.

Pengarah Urusannya Datuk Tan Kean Tet berkata, anak syarikat milik penuh kumpulan itu, Iconic Medicare Sdn Bhd mahu mengilang dan mengedarkan sarung tangan lateks serta nitril untuk kegunaan rumah, perindustrian dan perubatan termasuk dua jenis topeng muka pakai buang.

“Menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia, permintaan dunia terhadap sarung tangan dianggarkan mencecah 330 bilion keping setahun dan selepas siapnya kemudahan pembuatan baharu kami, kami mampu menghasilkan 3.3 bilion sarung tangan yang bersamaan dengan satu peratus permintaan global.

“Permintaan untuk sarung tangan bertambah 10 peratus setahun sebelum Covid-19, tetapi ia dijangka meningkat lebih 30 peratus setahun akibat pandemik itu. Kami sudah menetapkan untuk menghasilkan 17 bilion sarung tangan yang merangkumi kira-kira lima peratus daripada bahagian global,” katanya.

Tan berkata demikian pada majlis pecah tanah kemudahan pembuatan PPE Iconic Medicare oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow di sini.

Kemudahan baharu itu akan memasang dan mentauliahkan talian pengeluaran topeng muka pakai buang dan sarung tangan yang dijangka mampu menghasilkan minimum 3.3 bilion sarung tangan dan lebih kurang 220 juta topeng muka setahun.

“Kami menjangkakan pengeluaran sarung tangan itu akan menjana potensi hasil sebanyak RM1 bilion setahun manakala pengeluaran topeng pakai buang bakal menjana hasil RM100 juta setahun sebaik sahaja ia beroperasi sepenuhnya,” katanya.

Labur RM155j bina kilang buat PPE 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo