Infotainment

‘Laju Sahaja Jalan’- Gerak-Geri Mencurigakan Peminta Sedekah OKU Ini Undang Perbincangan Netizen

‘Laju Sahaja Jalan’- Gerak-Geri Mencurigakan Peminta Sedekah OKU Ini Undang Perbincangan Netizen
‘Laju Sahaja Jalan’- Gerak-Geri Mencurigakan Peminta Sedekah OKU Ini Undang Perbincangan Netizen 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Sekiranya anda pernah menjamah makanan di warung khususnya di sekitar Kuala Lumpur, pastinya anda pernah melihat serta alami kelibat individu yang majoritinya terdiri daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) berjalan dari meja ke meja menjual tisu kepada orang ramai.

Situasi tersebut sekaligus cenderung membuatkan orang ramai berasa kasihan serta membelanjakan wang mereka dalam membantu kumpulan yang kurang bernasib baik ini.

Dalam pada itu, tular pula di TikTok @wansitisarah11 baru-baru ini apabila mendedahkan kelibat dua individu terdiri daripada OKU buta bersama seorang pengiring meminta sedekah di warung.

@wansitisarah11 Dh mcm trend cepat kaya plak 🕵🏻‍♂️🕵🏻#viral2022 ♬ Mission Impossible (Main Theme) – Favorite Movie Songs

Situasi yang dipamerkan ini walau bagaimanapun mulai mengundang kemusykilan para netizen apabila rakaman tersebut memperlihatkan kelibat dua individu ini yang mampu bergerak dengan pantas menuju ke sebuah kereta Perodua Aruz seolah tidak mengalami masalah melibatkan buta.

Selain itu, para netizen turut mempersoal sama ada Perodua Aruz tersebut merupakan kereta yang ditempah menerusi aplikasi e-hailing atau kereta yang disediakan bagi sesebuah sindiket. Berikut antara komen netizen terhadap video yang tular tersebut.

‘Laju Sahaja Jalan’- Gerak-Geri Mencurigakan Peminta Sedekah OKU Ini Undang Perbincangan Netizen 2

Sumber: TikTok @wansitisarah11

‘Laju Sahaja Jalan’- Gerak-Geri Mencurigakan Peminta Sedekah OKU Ini Undang Perbincangan Netizen 4

Sumber: TikTok @wansitisarah11

‘Laju Sahaja Jalan’- Gerak-Geri Mencurigakan Peminta Sedekah OKU Ini Undang Perbincangan Netizen 6

Sumber: TikTok @wansitisarah11

Berdasarkan respon, terdapat netizen yang memaklumkan peminta sedekah ini kadang kala mampu meraih pendapatan yang tinggi malah mungkin lebih tinggi berbanding sejumlah besar orang awam.

Malah, terdapat individu yang memaklumkan beliau lebih selesa sedekah di masjid atau rumah anak yatim bagi mengelakkan keraguan wang yang disedekah. Rakaman secara jelas kelibat peminta sedekah ini sekaligus membuatkan para netizen berterima kasih serta berpendapat tukang rakam layak sertai rancangan 999.

Rakaman yang dibuat nyata menimbulkan pelbagai pertanyaan. Setakat ini, masih belum diketahui sama ada dua individu ini merupakan sebahagian daripada sindiket peminta sedekah atau sebaliknya.

Tular baru-baru ini apabila dimaklumkan JPJ Perak di mana penjaja di lampu isyarat bakal dikenakan denda sehingga RM2,000 secara terus tanpa kompromi.

Tiada Lagi Kompromi, Penjaja Di Lampu Isyarat Bakal Dikenakan Denda Sehingga RM2,000

Ebit Lew Didakwa Membabitkan 11 Pertuduhan Termasuk Gangguan Seksual


‘Laju Sahaja Jalan’- Gerak-Geri Mencurigakan Peminta Sedekah OKU Ini Undang Perbincangan Netizen 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list