Artikel Terkini

Laluan alternatif dibina bantu jalan perhubungan ke kampung Orang Asli

Laluan alternatif dibina bantu jalan perhubungan ke kampung Orang Asli
Laluan alternatif dibina bantu jalan perhubungan ke kampung Orang Asli 1

GUA MUSANG – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) akan membina jalan alternatif bagi menyelesaikan masalah laluan perhubungan hampir 1,000 penduduk Orang Asli di Pos Balar yang ditimbus tanah runtuh akibat cuaca hujan secepat mungkin.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pengurusan) Jakoa, Saiful Zahlan Muhamad Azmi berkata, Jakoa dalam perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) ketika ini untuk membaiki jalan tersebut.

Katanya, selain itu, pihaknya juga akan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan lain untuk membaik pulih tanah runtuhan tersebut.

“Kita akan baiki tanah runtuh yang berlaku tersebut secepat mungkin, namun ia bergantung kepada keadaan cuaca.

“Jika hanya baik pulih tanah runtuh atau membina jalan alternatif melalui Pos Hau, ia dijangka akan memendekkan masa perjalanan iaitu hanya tiga jam sahaja untuk ke bandar Gua Musang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bekalan makanan kepada masyarakat Orang Asli di Pos Balar yang dihantar menggunakan helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini.

Mengulas lanjut, Saiful Zahlan berkata, Jakoa juga akan meminta kerjasama daripada Unit Udara JBPM untuk membawa keluar 90 murid dan pelajar dari Pos Gob yang kini terputus hubungan akibat jalan rosak dan jambatan runtuh.

Katanya, menjelang sesi persekolahan yang akan datang, langkah proaktif itu perlu diambil bagi membawa keluar murid dan pelajar ke sekolah.

“Berdasarkan rekod, terdapat seramai 90 pelajar dan murid dari Pos Gob yang perlu meneruskan sesi persekolahan yang akan datang.

“Daripada jumlah itu, 12 murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, 33 murid di SK Betis dan 45 pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Panggung Jaya,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Laluan alternatif dibina bantu jalan perhubungan ke kampung Orang Asli 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo