Berita

Lana Del Rey semakin serius dengan Clayton Johnson

Lana Del Rey semakin serius dengan Clayton Johnson 1

Lana Del Rey semakin serius dengan Clayton Johnson 2

Los Angeles :Penyanyi Lana Del Rey, 35, dikatakan sudah bertunang dengan kekasihnya, Clayton Johnson, 31.

Beberapa media di Amerika Syarikat mula menghebohkan cerita itu walaupun kedua-duanya masih membisu.

Dalam satu laporan, perkara ini mula dihidu peminat apabila Lana tampil menyanyikan lagu Love You Like A Woman dalam program The Tonight Show with Jimmy Fallon, Isnin lalu.

Selain memakai cincin di jari manis tangan kirinya, gambar mereka berdua meraikan sambutan Halloween baru-baru juga tular di media sosial sekali gus menguatkan lagi khabar angin mengenai hubungan mereka.

Lana dan Clayton mula mengenali menerusi Instagram apabila saling mengikuti di antara satu sama lain sejak Ogos lalu.

Sejak itu, kedua-duanya saling memuat naik gambar dan cerita mereka menerusi Instagram Story masing-masing.

Lana sebelum ini pernah mempunyai hubungan dengan seorang anggota polis, iaitu Sean ‘Sticks’ Larkin.

Mereka dilihat menghadiri beberapa acara bersama pada September tahun lalu sebelum berpisah awal tahun ini.

Clayton adalah penyanyi kumpulan The Johnsons yang membawakan lagu ‘cover’ popular di saluran YouTube bersama adik beradiknya, Chantry dan Connor.

Beberapa lagu yang mereka bawakan antaranya Rude dari Magic! Four Five Seconds (Rihanna), Paul McCartney dan Kanye West yang mendapat lebih 1.5 juta tontonan.

Namun, The Johnsons tidak pernah membawakan lagu Del Rey. Mereka juga menghasilkan lagu sendiri seperti Calvin Kleins dan Scream.

Lana Del Rey semakin serius dengan Clayton Johnson 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo