Berita

Lancar GoBiz bantu usahawan | Harian Metro

Lancar GoBiz bantu usahawan | Harian Metro 1

Lancar GoBiz bantu usahawan | Harian Metro 2

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri melalui Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah membangunkan platform e-dagang, GoBiz sebagai inisiatif membantu usahawan tempatan negeri ini.

Menterinya, Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, pihaknya mengambil langkah membangunkan platform terbabit bagi meningkatkan pemasaran produk buatan tempatan di samping membantu usahawan Sabah memasarkan produk mereka sehingga ke peringkat global.

“Melalui platform ini, ini akan membantu untuk menambah pendapatan mereka dan juga dapat mengurangkan beban serta kos pembiayaan mereka semasa pandemik Covid-19 sedang melanda ini.

“Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah sudah menerima lebih dari 500 permohonan penyertaan di seluruh Sabah dan setakat ini, sebanyak 1,000 produk telah dikenal pasti.

“Saya percaya bahawa ramai usahawan baru mahupun yang lama akan menyertai program ini dan mendapat banyak manfaat daripada platform ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas majlis Pelancaran Platform E-Dagang GoBiz di sini, semalam.

Sementara itu, beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah itu turut berkata, pihaknya juga mengakui pembangunan platform terbabit akan berdepan pelbagai cabaran.

“Sudah pasti kita akan menghadapi banyak lagi cabaran lain. Antaranya adalah risiko kualiti produk yang dijual tidak memuaskan, masalah teknikal, cabaran berkomunikasi di antara penjual dan pembeli, dan sebagainya.

“Walau bagaimanapun, apa pun masalah dan cabaran yang bakal dihadapi, pihak kerajaan negeri dan pemaju GoNet bersedia untuk mencari jalan penyelesaiannya secepat mungkin demi memastikan kualiti platform ini dijaga,” katanya.

Menurut Joachim, GoBiz antara perkhidmatan yang terdapat dalam aplikasi GoNet yang boleh dimuat turun dalam Apple Apps Store dan Google Play.

Lancar GoBiz bantu usahawan | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo