Berita

Langkah awal sukan, rekreasi bernafas semula

Langkah awal sukan, rekreasi bernafas semula 2

Kuala Lumpur: Pengumuman kerajaan membenarkan program latihan berpusat bagi pasukan dalam Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga Sepak Takraw (STL) adalah langkah awal untuk sektor sukan dan rekreasi dapat bernafas semula dalam persekitaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ia juga membolehkan ekosistem industri sukan yang terlibat termasuklah melibatkan kandungan siaran, penajaan serta pemasaran dapat diaktifkan semula,” kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam satu kenyataan.

Beliau juga berharap pertimbangan seterusnya dapat diperluaskan untuk segmen industri sukan lain kembali beroperasi.

“Pun begitu, saya masih berharap pertimbangan seterusnya dapat diberikan seperti mana permohonan dan cadangan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) bagi membolehkan segmen industri sukan massa seperti pengusaha dan operator fasiliti sukan serta pusat kecergasan turut diberi kebenaran untuk beroperasi.

“Penelitian akhir sedang dibuat dan Insya-Allah akan diumumkan sebelum sambutan Tahun Baru Cina pada minggu ini,” katanya.

Reezal juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana memberi pertimbangan sewajarnya dalam memastikan industri sukan dapat terus bernafas dan kehangatan liga tempatan dapat diteruskan.

Terdahulu Ismail Sabri pada sidang media hari ini mengumumkan pasukan yang beraksi dalam MFL, MHL serta STL dibenarkan untuk menjalani latihan secara berpusat bermula Isnin depan.

Jelasnya, tempat latihan dan pergerakan atlet serta pemain adalah terkawal mengikut model gelembung sukan atau ‘sports bubble’.

Penginapan atlet atau pemain perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ‘camp quarantine’ dan ‘home quarantine’ yang sudah ditetapkan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Langkah awal sukan, rekreasi bernafas semula 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo