Berita

Lanjut lagi 25 Februari | Harian Metro

Lanjut lagi 25 Februari | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sebelum ini dibuka dari 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021, kini dilanjutkan sehingga 25 Februari nanti.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, langkah berkenaan diambil bagi memastikan BPR akan diterima oleh mereka yang benar-benar layak serta mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di hampir seluruh negara pada ketika ini.

“Hanya pemohon yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) B40 serta isirumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan perlu membuat permohonan baharu.

“Ini termasuk golongan mudah terjejas baharu yang layak memohon akibat perubahan status pendapatan mereka ekoran impak penularan Covid-19,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, dengan adanya proses pendaftaran baharu/kemaskini itu, sebahagian daripada mereka yang tidak lulus dan belum menerima BPR masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan untuk diverifikasi semula.

“Penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang lulus sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran baharu/kemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat,” katanya.

Menteri kewangan berkata, pembayaran Fasa 1 BPR akan dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021, seperti yang diumumkan di dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) pada 18 Januari lalu.

“Bayaran Fasa 2 BPR dijangka dibuat awal bulan Mei 2021. Tempoh masa diperlukan untuk memproses permohonan yang diterima terutamanya permohonan baharu.

“Setakat ini, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sudah menerima hampir 550,000 permohonan baharu yang perlu diverifikasi dan disemak silang di dalam sistem.

“Selain itu, proses semak silang ini juga membabitkan 25 agensi kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan LHDNM untuk memastikan mereka yang benar-benar layak diluluskan BPR,” katanya.

Pemohon BPR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPR iaitu, https://bpr.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Lanjut lagi 25 Februari | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo