Artikel Terkini

Lanjutan Moratorium Maybank : Cara permohonan untuk anda yang terjejas

Lanjutan Moratorium Maybank : Cara permohonan untuk anda yang terjejas 1

Lanjutan Moratorium Maybank : Cara permohonan untuk anda yang terjejas 2

Seperti yang diumumkan oleh pihak kerajaan, ini adalah usaha untuk membantu pelanggan B40 dan mikro SME. 

Antara bantuan yang ada ialah Pakej Bantuan Bayaran Balik Bersasar (Targeted Repayment Assistance, TRA).

Kriteria Kelayakan 

  1. Pelanggan individu yang termasuk dalam kategori B40 dan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) / Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  2. Pelanggan SME yang merupakan micro entreprises, seperti yang ditentukan oleh SME Corporation Malaysia (perolehan jualan tahunan kurang daripada RM300,000 atau mempunyai kurang daripada 5 pekerja), dengan jumlah pinjaman / pembiayaan yang diluluskan hingga RM150,000.

Tempoh permohononan

  • 23 November 2020 hingga 30 Jun 2021. TRA akan berkuat kuasa dari 1 Disember 2020 hingga 30 Jun 2021.

Untuk pembiayaan / pinjaman gadai janji, pelajaran, ASB dan SME

  • Pilihan 1A – Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan sahaja;
  • Pilihan 1B – Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan + membayar ansuran bulanan 50% untuk 6 bulan akan datang; atau
  • Pilihan 2 – Bayar ansuran bulanan 50% selama 6 bulan

Untuk Hire Purchase

  • Pilihan 1 – Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan + melanjutkan tempoh selama 3 tahun; atau
  • Pilihan 2 – Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan + melanjutkan tempoh selama 4 tahun

Untuk Pinjaman / Pembiayaan Peribadi dengan kadar tetap

  • Pilihan 1 – Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan; atau
  • Pilihan 2 – Bayar ansuran bulanan 50% untuk 6 bulan akan datang

Untuk Kad Kredit (baki ditukar menjadi Program Ansuran)

  • Pilihan 1 – Menangguhkan pembayaran bulanan untuk Program Ansuran selama 3 bulan; atau
  • Pilihan 2 – Bayar 50% pembayaran bulanan untuk Program Ansuran selama 6 bulan akan datang

Soalan lazim tentang Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar Tambahan untuk pelanggan individu 

Soalan #1 : Siapakah yang layak mendapat Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar tambahan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan pada ucapan belanjawan 2021 & oleh Bank Negara Malaysia pada 6 Nov 2020? 

Jawapan : 

Pelanggan individu yang layak bagi tambahan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar seperti diumumkan pada 20 Nov 2020 adalah:  

  • Individu B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup(BSH)/Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) 
  • Klik di sini untuk menyemak status 

Nota: 

1. Hanya pelanggan yang pinjaman/pembiayaannya diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 dan tidak tertunggak lebih dari 90 hari sahaja. 

2. Tidak termasuk Kad Caj dan individu yang dibawah prosiding muflis atau penghakiman. 

Soalan #2 : Apakah yang ditawarkan oleh pakej Bantuan Bayaran Pinjaman Balik Bersasar?

Jawapan : 

Seperti yang diumumkan, pelanggan yang layak boleh memohon bagi 

  • Pilihan 1: Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan 
  • Pilihan 2: Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan Setelah anda membuat pilihan, kami akan menawarkan pakej Program Pembayaran yang komprehensif yang bersesuaian bagi menangani cabaran kewangan yang anda hadapi. 

Nota: 

1. Untuk Pinjaman / Pembiayaan Sewa Beli, peminjam/ pelanggan akan ditawarkan jadual ansuran yang disemak semula selaras dengan peruntukan Akta Sewa Beli 1967 

2. Untuk pinjaman / pembiayaan konvensional dan Islamik, faedah / keuntungan akan terus dikenakan pada baki tertunggak dan terakru dalam tempoh tertangguh ini. Ini tidak berlaku untuk Pinjaman / Pembiayaan Sewa Beli dengan kadar tetap dan Pinjaman / Pembiayaan Peribadi dengan kadar tetap. 

Soalan #3 : Bilakah saya boleh memohon Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar?

Jawapan : 

Anda boleh memohon bermula dari 23 November 2020 sehingga 30 Jun 2021. Tetapi, Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar hanya berkuatkuasa pada 1 Disember 2020 sehingga 30 Jun 2021. 

Harap maklum bahawa permohonan yang diterima selepas 26hb penangguhan / pengurangan bayaran akan berlaku pada bulan berikutnya. Sementara itu, sila terus bayar ansuran anda. 

Contoh: Permohonan diterima PADA atau SEBELUM tarikh 26hb 

Pilihan 1 : Penangguhan bayaran ansuran bulanan selama 3 bulan 

Contoh : 

  • Tarikh permohonan : 23/11/2020 
  • Penangguhan bayaran berkuatkuasa : 01/12/2020 
  • Bayaran ansuran seterusnya : 01/3/2021 

Pilihan 2 : Pengurangan sebanyak 50% bagi bayaran ansuran bulanan selama 6 bulan 

Contoh : 

  • Tarikh pemohonan : 23/11/2020 
  • Pengurangan 50% bermula pada : 01/12/2020 
  • Pengurangan 50% berakhir pada : 31/05/2021

Contoh: Permohonan diterima SELEPAS tarikh 26hb 

Pilihan 1 : Penangguhan bayaran ansuran bulanan selama 3 bulan 

Contoh : 

  • Tarikh permohonan : 27/11/2020 
  • Penangguhan bayaran berkuatkuasa : 01/01/2021 
  • Bayaran ansuran seterusnya : 01/4/2021 

Pilihan 2 : Pengurangan sebanyak 50% bagi bayaran ansuran bulanan selama 6 bulan 

Contoh : 

  • Tarikh pemohonan : 27/11/2020 
  • Pengurangan 50% bermula pada : 01/01/2021 
  • Pengurangan 50% berakhir pada : 30/06/2021 

Nota: Tidak berkaitan dengan Pinjaman / Pembiayaan Sewa Beli dengan kadar tetap, Pinjaman/ Pembiayaan Peribadi dengan kadar tetap dan Kad Kredit/Kad Kredit-i bagi individu.

Soalan #4 : Bagaimanakah saya boleh memohon Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar?

Jawapan : 

Anda boleh memohon Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar dengan cara berikut: 

Log masuk ke Maybank2u dan hantar permohonan anda 

ATAU 

Sekiranya anda tidak mempunyai akaun Maybank2u, anda boleh e-mel kepada weassist@maybank.com dan kami akan menghubungi anda Sila sertakan butiran yang berikut dalam e-mel:

  • Subjek email: Permohonan bagi Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar  
  • Nama  
  • Nombor Kad Pengenalan  
  • Nombor telefon  
  • Jenis pinjaman/pembiayaan (cth: Pembiayaan Hartanah, Pembiayaan Sewa Beli)
  • Nombor kenderaan (bagi Pembiayaan Sewa Beli)  
  • Nyatakan pilihan anda – Pilihan 1 atau Pilihan 2

ATAU 

Kunjungi atau telefon mana-mana cawangan kami di seluruh negara Klik di sini bagi senarai cawangan Kunjungi atau telefon Pusat Kewangan Auto bagi Pembiayaan Sewa Beli. 

Klik di sini bagi senarai Pusat Kewangan Auto.

ATAU 

Sila hubungi Talian Khidmat Bantuan Pelanggan : 1300 88 6688, tekan *1 untuk Program Pembayaran.

Soalan #5 : Bagaimana saya tahu samada permohonan saya diluluskan?

Jawapan : 

Anda akan menerima SMS dari pihak bank yang memberitahu status permohonan anda. SMS tersebut tidak memerlukan tindakan susulan sekiranya anda ingin menerima tawaran tersebut. Jika anda tidak ingin menerima tawaran tersebut, sila hubungi kami dalam masa 5 hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan SMS.

Untuk lebih details, anda boleh baca di sini

Lanjutan Moratorium Maybank : Cara permohonan untuk anda yang terjejas 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link