Infotainment

Lasak Mengalahkan Lelaki, Reen Rahim Alami Kecederaan Tulang Belakang

Lasak Mengalahkan Lelaki, Reen Rahim Alami Kecederaan Tulang Belakang
Lasak Mengalahkan Lelaki, Reen Rahim Alami Kecederaan Tulang Belakang 1

Selepas menjadi pertanyaan orang ramai berkenaan status terkini kesihatannya, pelakon Reen Rahim memaklumkan tulang belakangnya mengalami kecederaan akibat terlalu lasak dan terpaksa menjalani pembedahan segera.

Reen Rahim


1 hari lalu

“Doakan Reen Okay. Mintak Maaf Terpaksa ‘Cancel Metting, Event’..” – Reen Rahim Masuk Hospital?

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim berkata, dia bagaimanapun selamat menjalani pembedahan tersebut bagi memperbetulkan semula tulang belakang yang beralih dari kedudukan asal.

Pelakon berusia 33 tahun itu meluahkan rasa syukur kerana keadaannya baik-baik sahaja dan telah dimaklumkan oleh doktor bahawa dia mengalami slipdics ringan dan bukan dalam keadaan yang teruk. Oleh itu, Reen terpaksa membuat sedikit pembedahan kecil untuk memulihkannya.

Saya pula dari kecil memang jenis lasak mengalahkan budak lelaki. Jadi tak mustahillah boleh kena macam ni. Nasiblah saya dapatkan rawatan awal sebelum jadi lebih teruk.

Tambah Reen, doktor turut menasihatkannya untuk berehat selama dua minggu dan berhenti untuk melakukan perkara-perkara lasak buat sementara waktu ini.

Pada masa sama, Pelakon Keluarga Instafamous itu berkata dia dibenarkan keluar hospital dan pulang ke rumah. Namun, mengingatkan mereka yang lasak sepertinya untuk sentiasa berhati-hati sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku.

Untuk yang aktif dan lasak tak boleh duduk diam macam saya, berhati-hatilah semua. Jangan dah jadi macam saya baru nak menyesal.

Reen memaklumkan dia akan berehat daripada melakukan aktiviti lasak seperti yang dinasihati doktor dan akan kembali semula ke set penggambaran pada 15 November.


Lasak Mengalahkan Lelaki, Reen Rahim Alami Kecederaan Tulang Belakang 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo