Berita

LBS raih anugerah tujuh kategori

LBS raih anugerah tujuh kategori 1

LBS raih anugerah tujuh kategori 2

KUMPULAN LBS Bina meraikan satu lagi pencapaian dalam industri hartanah di Anugerah StarProperty 2020 dengan membawa pulang kemenangan dalam tujuh kategori.

Pengarah Urusan Kumpulan LBS Bina Group Berhad, Tan Sri Lim Hock San berkata, penganugerahan itu sekali lagi membuktikan strategi syarikat di dalam mempelbagaikan portfolio pembangunan hartanah mendapat pengiktirafan sewajarnya dengan merangkul beberapa anugerah.

“Kami di LBS berbangga dan berbesar hati menerima anugerah yang membuktikan kekuatan jenama serta komitmen kami di dalam membangunkan sesebuah komuniti.

“Visi kami mahu terus menyediakan rumah mampu dimiliki dan dibanggakan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kemenangan ini juga hasil kerjasama erat kakitangan LBS yang menunjukkan semangat, dedikasi serta kerja keras.

“Kerjasama berpasukan kunci utama kejayaan kami. Kami juga gembira kerana usaha kami diiktiraf dan ini memberi motivasi untuk syarikat meningkatkan lebih banyak insiatif lain sebagai pemaju bertanggungjawab,” katanya.

Katanya, strategi kemenangan LBS disokong sepenuhnya melalui tiga tonggak utama yang diterapkan dalam pembangunan iaitu mampu dimiliki, kesalinghubungan (jalan raya), dan komuniti (ruang komuniti dan pelbagai kemudahan fasiliti).

Melalui acara berkenaan, LBS meraih kemenangan melalui Anugerah All Star Award (Juara Keseluruhan), Anugerah Pilihan Pengguna StarProperty, Anugerah Kategori Ruang Kreatif bagi projek Residensi Bintang Bukit Jalil, Anugerah Kategori Mesra Keluarga bagi projek BSP21, Anugerah Kategori Rumah Pertama bagi projek Kita Bayu, Anugerah Kategori Kejiranan bawah 500 ekar bagi projek LBS Alam Perdana dan Anugerah Kategori Cornerstone bagi projek Rentak Perdana.

LBS raih anugerah tujuh kategori 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo