Artikel Terkini

Lebuh Raya Utara-Selatan, Kuala Lumpur-Karak masih sesak

Lebuh Raya Utara-Selatan, Kuala Lumpur-Karak masih sesak
Lebuh Raya Utara-Selatan, Kuala Lumpur-Karak masih sesak 1

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan melibatkan kedua-dua arah serta Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan masih sesak membabitkan beberapa laluan utama ketika ini.

Kenderaan dilihat bertambah sejak tengah hari tadi ekoran orang ramai mula bergerak balik ke negeri masing-masing selepas bercuti selama tiga hari bermula Jumaat lalu sempena Hari Malaysia.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi perkongsian di Facebook rasminya, memaklumkan, setakat pukul 7 petang ini, di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, trafik perlahan di lokasi Bukit Gambir ke Tangkak; Jasin ke Ayer Keroh; Pedas Linggi ke Port Dickson; Ayer Keroh ke Simpang Ampat; Putra Mahkota ke Southville City dan Plaza Tol Sungai Besi ke pusat bandar.

Sementara itu, aliran trafik turut dilaporkan sesak di Simpang Renggam ke Kulai; Machap ke Simpang Renggam; Yong Peng ke Ayer Hitam; Pagoh ke Lauby Yong Peng (s), kawasan rehat dan rawat (R&R) Pagoh ke Yong Peng dan Tangkak ke Bukit Gambir.

Beralih ke laporan trafik arah utara, LLM melaporkan terdapat kenderaan rosak melibatkan sebuah bas di KM 139.7 dari Sungai Dua ke Juru menyebabkan lorong kiri terhalang dan berlaku kelewatan buat pengguna yang melalui laluan tersebut.

“Di KM 230.7 dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar, sebuah treler dilaporkan rosak dan turut menyebabkan laluan kiri terhalang,” katanya.

LLM dalam kenyataan lain melaporkan aliran trafik perlahan di KLK melibatkan Bentong Timur ke Bentong Barat; Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi serta Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak. – KOSMO! ONLINE.


Lebuh Raya Utara-Selatan, Kuala Lumpur-Karak masih sesak 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list