Berita

Lelaki belasah isteri, campak anak berusia dua tahun

Lelaki belasah isteri, campak anak berusia dua tahun 2

Gombak: Hanya kerana perselisihan faham seorang lelaki tergamak memukul isteri dan anaknya di kediaman mereka di Rawang, di sini, Rabu lalu.

Malah dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, suspek berusia 34 tahun turut tergamak mencampak seorang lagi anak mereka berusia dua tahun ke tilam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, wanita berusia 32 tahun pada mulanya berselisih faham dengan suaminya sebelum suspek yang hilang kawalan memukul mangsa menggunakan batang besi.

Menurutnya, anak mereka berusia enam tahun turut dipukul dengan rotan di belakang badan sementara seorang lagi anaknya dicampak ke tilam.

“Akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami bengkak di tangan kiri, sakit di belakang badan, pinggang, perut dan di kepala.

“Polis yang menerima laporan berhubung kejadian itu menahan suspek di rumahnya pada hari sama,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Arifai berkata, suspek direman empat hari bermula Khamis hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumahtangga.

“Polis merampas batang besi buaian dan rotan bagi membantu siasatan. Semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau,” katanya.

Lelaki belasah isteri, campak anak berusia dua tahun 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo