Artikel Terkini

Lelaki bunuh saudara kerana bawa isteri pergi pasar malam

Lelaki bunuh saudara kerana bawa isteri pergi pasar malam
Lelaki bunuh saudara kerana bawa isteri pergi pasar malam 1

JAKARTA – Polis Probolinggo, dalam wilayah Jawa Timur memberkas seorang lelaki yang dikenali sebagai Bebun kerana disyaki membunuh saudaranya sendiri kerana terlalu cemburu, lapor laman berita Kompas semalam.

Lelaki berusia 35 tahun itu membunuh saudaranya yang dikenali sebagai Fa kerana dia mengajak isterinya berjalan-jalan ke pasar malam.

Menurut seorang pegawai polis, Jamal, kejadian itu berlaku Jumaat lalu di mana suspek membunuh mangsa dengan menggunakan sabit disebabkan perasaan cemburu.

Jamal berkata, kejadian tersebut bermula apabila Bebun melihat Fa menunggang motosikal dan dia kemudian mengejar mangsa sebelum membunuhnya.

Penduduk yang menyaksikan kejadian itu bertindak melaporkannya kepada polis.

Bebun sempat melarikan diri dan bersembunyi di kediaman saudaranya yang berada tidak jauh dari tempat kejadian namun dia dapat ditangkap polis tiga jam selepas kejadian tersebut.

Mangsa pula dihantar ke sebuah hospital selepas kejadian tersebut. 

“Kami menyita sejumlah barang bukti berupa sarung sabit yang digunakan untuk membunuh mangsa di sekitar tempat kejadian,” kata Jamal. 

Bebun berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika didapati bersalah membunuh saudaranya itu berdasarkan undang-undang Indonesia. – Agensi


Lelaki bunuh saudara kerana bawa isteri pergi pasar malam 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo