Artikel Terkini

Lelaki cedera dirempuh semasa lintas landasan kereta api

Lelaki cedera dirempuh semasa lintas landasan kereta api
Lelaki cedera dirempuh semasa lintas landasan kereta api 1

TANAH MERAH – Seorang lelaki cedera selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh kereta api semasa sedang melintas di landasan kereta api di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Tan Cheng Leng, 38, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss MR1 luka pada lengan dan kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, siasatan mendapati, mangsa menunggang motosikal dari arah sebuah pasar raya di sini ke Kampung Chap Rimau sebelum melintas landasan kereta api.

Menurutnya, semasa tiba di landasan itu, motosikal mangsa telah dirempuh kereta api yang sedang dalam perjalanan dari arah Pasir Mas ke Tanah Merah.

“Insiden itu menyebabkan mangsa mengalami luka pada lengan dan kaki kanan. Motosikal yang ditunggang Cheng Leng mengalami kerosakan.

“Setakat ini, mangsa masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd.Haki, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tanah Merah di sini untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE


Lelaki cedera dirempuh semasa lintas landasan kereta api 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo