Infotainment

Lelaki Dipukul Sehingga Parah Selepas Tegur Anak Saudara Ambil Ubat Nyamuk

Lelaki Dipukul Sehingga Parah Selepas Tegur Anak Saudara Ambil Ubat Nyamuk
Lelaki Dipukul Sehingga Parah Selepas Tegur Anak Saudara Ambil Ubat Nyamuk 1
January 7th, 2022 | by Iman

Kini Trending

Lelaki Dipukul Sehingga Parah Selepas Tegur Anak Saudara Ambil Ubat Nyamuk 2

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki cedera parah di bahagian kepala akibat dipukul anak saudaranya dengan menggunakan kayu. Kejadian terbabit dipercayai berlaku hanya disebabkan mangsa menegur anak saudaranya itu mengambil ubat nyamuk tanpa kebenaran di Kampung Tempoyak, Kota Bharu, Isnin lalu.

Lelaki Dipukul Sehingga Parah Selepas Tegur Anak Saudara Ambil Ubat Nyamuk 4

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, ketika kejadian, suspek yang berusia 30 tahun itu datang ke rumah mangsa sebelum mengambil sekotak ubat nyamuk tanpa kebenaran. Mangsa merupakan seorang duda dan tinggal berseorangan diri di rumah berkenaan.

Tambahnya lagi, sebelum ini suspek sering mengambil barang mangsa tanpa keizinan dan menyebabkan mangsa mengambil keputusan untuk menegur anak saudaranya itu sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.

Mangsa menegur suspek yang didakwa sering mengambil barangnya tanpa keizinan menyebabkan suspek berang dan terus memukul mangsa di kepala menggunakan sebatang kayu sebelum melarikan diri.

Ujarnya lagi, mangsa berusia 55 tahun itu sempat berlari ke rumah adiknya yang berhampiran pada pukul 11.30 malam dalam keadaan berlumuran darah untuk memaklumkan kejadian menimpanya.

Mangsa yang cedera parah dan berlumuran darah terus menuju ke rumah adiknya memaklumkan dia dipukul oleh anak saudaranya.

Susulan kejadian itu, pihak polis berjaya menahan suspek di tepi Sungai di kampung yang sama pada pukul 8.45 pagi semalam dan saringan ujiian air kencing mendapati suspek positif dadah dan siasatan akan dibuat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber: HarianMetro


Lelaki Dipukul Sehingga Parah Selepas Tegur Anak Saudara Ambil Ubat Nyamuk 6

The following two tabs change content below.

“Live is short and it is here to be lived”


Lelaki Dipukul Sehingga Parah Selepas Tegur Anak Saudara Ambil Ubat Nyamuk 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo